Para pesaing akhbar terbesar di Australia termasuk The Sydney Morning Herald dan The Australian 'bersatu' di bawah langkah yang jarang berlaku dengan menerbitkan halaman muka depan yang memaparkan tulisannya 'dihitamkan' menerusi terbitan pada hari ini sebagai tanda protes terhadap sekatan ke atas kebebasan media.
Bantahan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengecualikan wartawan daripada undang-undang yang menyekat akses mereka kepada maklumat sensitif yang didakwa telah mewujudkan 'budaya kerahsiaan' di negara itu.
Kempen itu yang dilancarkan Right to Know Coalition susulan insiden serbuan polis ke atas stesen penyiar ABC dan kediaman wartawan News Corp.
Iklan menyokong kempen itu meminta pandangan orang ramai menerusi soalan, 'Apabila kerajaan menyembunyikan kebenaran daripada anda, apa yang mereka cuba sorok sebenarnya?' turut dipaparkan menerusi seluruh rangkaian stesen TV di negara tersebut.
Langkah protes itu dilancarkan serentak selepas kerajaan semalam menegaskan terdapat kemungkinan tiga wartawan berdepan dakwaan selepas kediaman mereka diserbu pada Jun lalu.
"Kebebasan media adalah penting untuk demokrasi namun kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan dan tiada pihak termasuk saya boleh melangkauinya," kata Perdana Menteri, Scott Morrison.
Sementara itu, pertubuhan media di negara itu mendakwa serbuan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap artikel yang ditulis berdasarkan bahan diperoleh daripada pembocor maklumat mengenai dakwaan terperinci tentang jenayah perang dan percubaan dibuat kerajaan untuk mengintip rakyat negara itu.
Agensi
Mon Oct 21 2019
Bantahan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengecualikan wartawan daripada undang-undang yang menyekat akses mereka kepada maklumat sensitif yang didakwa telah mewujudkan 'budaya kerahsiaan' di negara itu. - Foto Agensi
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
TikTok: Pengguna di AS dakwa tapisan kini lebih ketat
TikTok memaklumkan dasar dan algoritma mereka tidak berubah, dan sedang bekerja keras bagi memastikan aplikasi itu dapat distabilkan dengan segera.
KPKT, MOTAC kerjasama promosi pasar sebagai produk pelancongan
Kerajaan akan mempromosikan beberapa pasar di seluruh negara sebagai produk pelancongan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt), nga kor ming berkata, malaysia mempunyai banyak pasar awam yang berusia lebih 50 tahun yang unik dan menarik, dan boleh diketengahkan sebagai tarikan.
Akhbar Australia terbitkan muka depan papar tulisan 'dihitamkan'
Para pesaing akhbar terbesar di Australia termasuk The Sydney Morning Herald dan The Australian 'bersatu' dengan menerbitkan halaman muka depan yang memaparkan tulisannya 'dihitamkan'.