Aktivis pro-demokrasi Hong Kong, Joshua Wong, yang terkenal dengan Gerakan Revolusi Payung (Umbrella Movement) pada 2014, kini melancarkan parti politik baharu, Demosisto, dalam usahanya mempertahankan amalan demorkrasi yang mutlak di pulau itu.
Parti Demosisto mensasarkan untuk bertanding dan menang kerusi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan September depan.
Aktivis berusia 19 tahun itu memaklumkan parti Demosisto akan memperjuangkan supaya rakyat Hong Kong mempunyai hak untuk menentukan sendiri masa depan pulau itu, tanpa campur tangan daripada pentadbiran Beijing.
"Aktivisme di jalanan semata-semata adalah tidak mencukupi, sekiranya kita mahukan masa depan yang lebih baik.
"Kami perlu memasuki sistem, mewujudkan parti politik dan membentuk agenda politik untuk menyuntik semangat dalam perjuangan kami," jelas Wong.
Biarpun Wong masih terlalu muda untuk bertanding, Demosisto akan mengetengahkan tiga calon lain dalam pilihan raya Majlis Perundangan.
Wong jadi antara individu popular di sebalik gerakan itu, apabila penahanannya yang disiarkan secara langsung pada September 2014 mencetus protes pro-demokrasi yang berterusan sehingga 79 hari, mengakibatkan hub kewangan Asia itu lumpuh.
Protes bermula susulan bantahan terhadap tindakan Beijing campur tangan dalam pemilihan Ketua Eksekutif Hong Kong.
Agensi
Mon Apr 11 2016

JOSHUA: Aktivisme di jalanan semata-semata adalah tidak mencukupi, sekiranya kita mahukan masa depan yang lebih baik.

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

MH370: Waris penumpang, kru harap pencarian baharu dimulakan segera
Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 menyambut baik usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi.

Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.

China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.

China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.

Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.

Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.