PARIS: Perancangan awal adalah menjadikan ia satu hari yang menyeronokkan di penjara kedua terbesar di Perancis, tetapi foto dan visual banduan bermain go-kart mencetuskan bantahan dan kini pihak berkuasa mengakui keputusan untuk mengadakan hari tersebut merupakan satu kesilapan.
Pengawal serta banduan di Penjara Fresnes, di selatan Paris, mengambil bahagian dalam satu acara yang diadaptasi dari sebuah rancangan realiti TV yang dipanggil Koh-Lanta.
"Sekiranya saya tahu akan ada pertandingan go-kart, saya akan mengenakan larangan," kata Menteri Kehakiman, Éric Dupond-Moretti sambil memaklumkan telah mengarahkan siasatan dijalankan.
Ahli politik berhaluan kanan tersebut mengecam idea mengadakan hari itu, apatah lagi selepas mendapat tahu bahawa dua banduan yang turut mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti, sedang menjalani hukuman atas kesalahan membunuh dan merogol.
Selain bermain go-kart, aktiviti lain yang dijalankan termasuklah pertandingan kuiz dan laluan berhalang.
Salah seorang banduan yang mengambil bahagian dilaporkan baru menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula tahun lalu.
Laporan siasatan sembilan muka surat itu diterbitkan pada Selasa yang mengatakan bahawa walaupun kebenaran telah diberikan oleh kementerian, dokumen permohonan tidak menyatakan butiran tepat mengenai permainan go-kart atau aktiviti air.
Laporan berkenaan menyebut idea mengadakan hari itu dicetuskan oleh Ketua Penjara Fresne, Jimmy Delliste, bertujuan untuk "mengukuhkan komitmen persaudaraan untuk manfaat tiga badan amal, yang diwakili oleh sekumpulan tahanan, anggota kakitangan dan anak muda dari Fresnes".
Agensi
Thu Aug 25 2022

Selain bermain go-kart, aktiviti lain yang dijalankan termasuklah pertandingan kuiz dan laluan berhalang. - Foto/Djibril942/YouTube

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Aktiviti go-kart untuk tahanan satu kesilapan - Menteri Kehakiman Perancis
Dokumen permohonan tidak menyatakan butiran tepat mengenai permainan go-kart atau aktiviti air.

Wanita British maut go-kart terbabas
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan melibatkan Chloe Josephine, 18, itu berlaku kira-kira pukul 9.20 malam.

Kematian dua beranak kejadian tidak dapat dielak
Koroner berkata UTM telah merancang perlumbaan dengan baik walaupun terdapat perubahan lokasi dan arah laluan perlumbaan di litar baharu di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini.

Tragedi go-kart di Kuantan: UTM peroleh kelulusan MAM, tidak pernah mohon daripada AAM
UTM selaku penganjur EIMARace 2016 menafikan mereka pernah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Tragedi go-kart di Kuantan: Sekelip mata kereta meluru - Isteri mangsa
Kejadian berlaku semasa mereka sudah hendak beredar dan mangsa sempat berkata 'ini tidak begitu selamat' sebelum dirempuh.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat kemalangan maut go-kart Kuantan
KPT telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi menyiasat secara terperinci punca kemalangan maut melibatkan kenderaan go-kart di Kuantan.

Tiga go-kart bergesel punca kemalangan ragut nyawa dua beranak
Kemalangan yang menyebabkan dua beranak terbunuh di EIMARace 2016 awal Ahad berpunca daripada tiga go-kart bergesel sesama sendiri.

Jenazah mangsa rempuhan go-kart selamat dikebumikan
Jenazah dua beranak yang maut akibat dirempuh kenderaan go-kart pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota, selamat dikebumikan

Penganjur sedih akan kejadian di EIMARace
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melahirkan rasa sedih berhubung tragedi rempuhan go-kart yang meragut nyawa dua beranak.

Rempuhan go-kart: Netizen persoalkan penganjur tidak utamakan keselamatan
Netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton seperti tidak diisikan dengan air.