LONDON: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan, menyatakan aktiviti pemburuan memberikan ancaman yang jauh lebih besar kepada kehilangan biodiversiti berbanding perladangan kelapa sawit.
"Inilah kebenarannya: jumlah (orang utan) kekal kukuh pada 11,000 sejak lima tahun lepas. Sudah tiba masanya untuk menukar tumpuan kita," katanya dalam ucaptama mengenai "Sustainable Trade and Responsible Business Practice in A New Global Area" pada International Sustainable Palm Oil Forum di sini pada Jumaat.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata media barat perlu memberi perhatian kepada isu ini.
"Mari asingkan fakta daripada fiksyen dan berdepan dengan cabaran sebenar," katanya pada forum itu anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific, yang menyaksikan penyertaan antara lainnya kumpulan pelobi Parlimen, masyarakat awam dan pertubuhan bukan kerajaan.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni dan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.
"Ia bukanlah suatu keburukan alam sekitar sepertimana yang dilabelkan. Sebaliknya, realitinya adalah bukti jelas kelestarian serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) - amalan yang mesra (alam). Tidak seperti tanaman lain, pokok sawit bertindak sebagai penyelamat dengan menyerap karbon dioksida dan mengubah ladang-ladang kita sebagai sinki karbon.
"Ini bukan sekadar kata-kata saya (sebaliknya) Institut Penyelidikan Produk Hutan dan Perhutanan Jepun turut mengesahkan bahawa kelapa sawit mengatasi hutan semula jadi dari segi keupayaannya menyerap sehingga empat kali lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, apabila berbicara mengenai penjujukan karbon, minyak sawit jauh lebih tinggi daripada soya, minyak sesawi dan bunga matahari," katanya.
Malaysia komited usaha lestari, bukan cakap kosong
Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Malaysia kekal tegas dalam komitmennya terhadap usaha kelestarian dan pemuliharaan.
"Kita tidak pernah bersikap lepas tangan dalam melindungi soal biodiversiti. Daripada Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Negara Pulau Penyu, Taman Negara Sipadan, Lembah Danum -- (kewujudan) projek-projek ini membuktikan lagi dedikasi kita dalam melindungi warisan semula jadi.
"Malah, kita bukannya bercakap kosong sebaliknya memang mengambil tindakan konkrit. Kementerian saya misalnya turut menerajui usaha pembentukan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGF)," katanya.
Fadillah menyifatkan yayasan tersebut jelas sebagai bukti sokongan padu Malaysia terhadap inisiatif pemuliharaan dalam industri minyak sawit.
"Komitmen kita terhadap alam sekitar ini tiada sempadan. MPOGCF ini bukan sekadar menumpukan aspek orang utan sebaliknya turut menjangkau bagi melindungi pelbagai spesies hidupan liar termasuk gajah pigmi yang comel di Sabah. Secara bersama, kita sebenarnya sedang melakukan realiti perubahan yang sebenar," katanya.
Minyak sawit dan ekonomi
Jika diteliti, minyak sawit dan sektor komoditi tidak hanya memberi manfaat untuk alam sekitar tetapi turut berperanan sebagai nadi ekonomi.
Sejak bertahun lamanya, sektor tersebut menyumbang secara signifikan kepada usaha meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan mengurangkan kemiskinan.
Setakat ini, sektor komoditi menggaji hampir 450,000 orang pekebun kecil sama ada di kelompok persendirian atau pekebun kecil di tanah-tanah rancangan.
Pada 2022 sahaja, sektor agrikomoditi Malaysia mencatat nilai dagangan sebanyak RM268.1 bilion dengan imbangan perdagangan sebanyak RM146.5 bilion.
Pendapatan eksport daripada produk agrikomoditi mencecah RM207.3 bilion atau 13.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Di samping itu, 2022 juga menyaksikan sektor berkenaan menyumbang sejumlah RM83.8 bilion kepada KDNK, sekali gus membuktikan kepentingan peranannya dari segi pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan. - Gambar fail/Bernama

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.

TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina yang juga Setiausaha Pendidikan negara itu Sara Zimmerman Duterte-Carpio.

Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta
Selaku penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.

TPM Fadillah Yusof kongsi detik kembali ke sekolah lama di Parit Buntar
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang untuk lawatan tidak rasmi.

Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah
Jumlah nilai eksport lada Malaysia mencecah RM54.5 juta sehingga Mei tahun ini yang merupakan satu pencapaian membanggakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit
Datuk Seri Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan.

Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa
Malaysia sedang menyemak semula secara aktif beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan sektor angkasa untuk meningkatkan lagi industri angkasa negara.

Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah
Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.

Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.