BERLIN : Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi jutaan liter air di lobi Radisson Blu, Berlin dilaporkan pecah seterusnya membanjiri kawasan pekarangan hotel itu serta jalan berhampiran.
Memetik laporan BBC, AquaDom yang menempatkan 1,500 ikan tropika dengan ketinggian 14 meter (46 kaki) diiktiraf sebagai akuarium silinder terbesar di dunia.
Pihak berkuasa Berlin memaklumkan telah 'berlaku kerosakan maritim luar biasa' yang menyebabkan dua orang cedera akibat terkena serpihan kaca.
Beberapa imej di media sosial menunjukkan sejumlah besar kerosakan di ruang legar hotel.
Serpihan kaca juga dilihat bertaburan sepanjang jalan berhadapan bangunan yang terpaksa ditutup akibat banjir.
Dalam pada itu, tetamu juga telah dipindahkan keluar dari hotel.
AquaDom yang telah direnovasi dua tahun lalu turut dilengkapi lif berdinding jernih yang digunakan oleh pelawat.
Difahamkan, pasukan bomba Berlin memaklumkan lebih 100 anggota bomba tiba di lokasi kejadian namun punca kejadian belum dapat dikenal pasti.
Pihak bomba juga menggunakan bantuan anjing penyelamat dalam operasi mencari sekiranya ada mangsa yang tercedera.
Pihak berkuasa turut memberitahu sejumlah besar air mengalir ke jalan raya dan orang ramai di kawasan berhampiran diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati. Nasib ribuan ikan yang terlepas dari dalam akuarium itu juga tidak diperincikan dalam laporan pihak berkuasa.
Sementara itu, sumber polis memberitahu tiada tanda cubaan pecah atau serangan ditemui di lokasi.
Faida Rahim
Fri Dec 16 2022

Serpihan kaca juga dilihat bertaburan sepanjang jalan berhadapan bangunan yang terpaksa ditutup akibat banjir. - Reuters
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, 1,500 ekor ikan terlepas
AquaDom yang menempatkan 1,500 ikan tropika dengan ketinggian 14 meter pernah diiktiraf sebagai akuarium silinder terbesar di dunia.