Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat kuasa serta merta.
Pengumuman itu dibuat menerusi undian undang-undang berkaitan di kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan Zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Ia dikuatkuasakan dibawah undang-undang baharu yang mengharamkan stesen serta siaran Al Jazeera yang dimiliki Qatar.
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai saluran pengganas dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Dalam satu kenyataan berasingan di laman media sosial X, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata setiap peralatan yang digunakan untuk penyiaran saluran Al Jazeera akan disita pada kadar segera.
Ini termasuk kamera, alatan untuk menyunting, mikrofon, sistem rangkaian, komputer riba serta telefon bimbit.
Terdahulu, keputusan kerajaan Israel untuk bertindak demikian mencetus kebimbangan Amerika Syarikat yang juga sekutu Israel.
Ini berikutan wartawan asing dilarang memasuki Gaza, hanya kakitangan Al Jazeera yang berpangkalan di wilayah konflik itu satu-satunya wartawan yang berpeluang membuat liputan mengenai perang antara Israel dan pasukan pejuang Hamas di lapangan.
Agensi
Sun May 05 2024
![Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714915265_AlJazeera.jpg)
Dalam satu kenyataan di laman media sosial X, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata setiap peralatan yang digunakan untuk penyiaran saluran Al Jazeera akan disita pada kadar segera. - Gambar fail
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Operasi digantung sementara: Al Jazeera, Hamas kecam tindakan Pihak Berkuasa Palestin Operasi digantung sementara: Al Jazeera, Hamas kecam tindakan Pihak Berkuasa Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51596560145_AlJazeera.jpg)
Operasi digantung sementara: Al Jazeera, Hamas kecam tindakan Pihak Berkuasa Palestin
Penggantungan operasi Al Jazeera disifatkan sebagai "tidak sah" dan "penghinaan" terhadap profesion kewartawanan.
![Pihak Berkuasa Palestin gantung sementara operasi Al Jazeera Pihak Berkuasa Palestin gantung sementara operasi Al Jazeera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714915265_AlJazeera.jpg)
Pihak Berkuasa Palestin gantung sementara operasi Al Jazeera
PA mendakwa, Al Jazeera menyiarkan laporan yang menyesatkan dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
![Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717539107_journalists.jpg)
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab.
![Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726969812_aljazeera.jpg)
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
![Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726700655_SaifuzzamanChowdhur.jpg)
Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh
"The Minister's Millions" Saifuzzaman Chowdhury kumpul harta di UK, Amerika, Dubai, Malaysia dan Singapura walaupun gajinya hanyalah AS$13,000 (RM55,000).
![Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722440689_TBWARTAWANMAUTjpg.jpg)
Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas
Rangkaian Media Al Jazeera menafikan sekerasnya dakwaan itu dan berkata ia hanya dijadikan alasan untuk lakukan pembunuhan kejam.
![Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722399136_IsmailHaniyeh.jpg)
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
![Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714915265_AlJazeera.jpg)
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
![Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594309872_aljazeera.jpg)
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
![Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594309872_aljazeera.jpg)
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.