Pejabat Al-Jazeera di Yaman telah dipaksa tutup oleh tentera kerajaan negara itu pada Selasa.
Tanpa diberikan sebab yang kukuh, pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit dan memaksa pekerja untuk menutup pejabat itu.
Dalam satu kenyataan, syarikat Al Jazeera Media Network mengutuk sekeras-kerasnya penutupan cawangan pejabatnya di Yaman itu.
“Pihak kami turut menggesa pihak berkuasa di Bandar Taiz untuk menarik balik arahan menutup pejabat Al Jazeera dan membenarkan wartawan kami untuk meneruskan tanggungjawab professional mereka tanpa sebarang halangan dan ugutan,” katanya.
Ini bukan kali pertama wartawan Al Jazeera menjadi sasaran di bandar itu.
Tiga pekerja syarikat media gergasi antarabangsa itu pernah menjadi mangsa culik di Bandar Taiz pada Januari tahun lepas.
Pekerja media terpaksa berdepan pelbagai cabaran sukar apabila membuat laporan di kawasan berkonflik atau sedang mengalami peperangan seperti Yaman.
Al Jazeera melaporkan pada bulan lalu, pemberontak Houthi telah menyerang sebuah stesen televisyen tempatan Al Youm dan menjadikan lebih 12 pekerja syarikat itu sebagai tebusan.
Taiz telah menjadi sebuah kawasan panas untuk peperangan berterusan di Yaman kerana lokasi strategiknya di tengah-tengah ibu negara Sanaa dan wilayah selatan.
Yaman dilanda krisis peperangan sejak tahun 2014 yang telah menyebabkan jutaan rakyatnya berisiko menjadi mangsa kebuluran dan penyakit.
Negara itu juga diserang oleh pakatan yang diketuai Arab Saudi sejak 2015 yang mahu menghapuskan kewujudan pemberontak Houthi.
Pemberontak Houthi masih menguasai sebahagian dari Yaman termasuk Sanaa dan wilayah utara negara itu.
Dijangkakan lebih 100,000 rakyat Yaman telah terkorban sejak konflik ini bermula dan kebanyakkan yang masih hidup berdepan risiko wabak kolera yang telah meragut lebih 2,000 nyawa dan menjangkiti satu juta warganya sejak April 2017.
Agensi
Wed Jan 10 2018

Tiga pekerja Aljazeera pernah menjadi mangsa culik di Bandar Taiz pada Januari tahun lepas. - Gambar hiasan
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Marah sangat, ahli perniagaan tawar RM100,000 bawa pulang Jho Low
Ganjaran RM100,000 menanti buat mana-mana individu yang dapat mencadangkan cara atau berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi Jho Low.

Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman
Pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit.