DOHA: Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu ketika beliau membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin di wilayah penempatan di Tebing Barat.
Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata, "Dalam insiden pembunuhan terang-terangan, yang melanggar undang-undang dan norma antarabangsa, pasukan penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera di Palestin, Shireen Abu Akleh, menyasarkan tembakan ke arahnya awal pagi ini, Rabu, Mei 11, 2022, semasa beliau menjalankan tugas kewartawanannya, dengan memakai jaket media yang jelas menunjukkan beliau seorang wartawan, membuat liputan pasukan penceroboh Israel yang menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat", lapor agensi berita Qatar (QNA).
Kenyataan itu menambah "Rangkaian Media Al Jazeera mengecam jenayah kejam itu, yang bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.
"Al Jazeera menggesa kerajaan Israel dan pasukan pencerobohnya bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen. Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dan memaksa tentera penceroboh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen," tambahnya.
Pihak berkuasa Israel juga bertanggungjawab menyasarkan penerbit Al Jazeera Ali al-Samudi, yang turut ditembak di belakang ketika membuat liputan insiden yang sama, dan kini sedang menjalani rawatan, menurut kenyataan itu.
Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA.
Beliau pada mulanya belajar seni bina di Universiti Sains dan Teknologi Jordan, kemudian bertukar ke bidang kewartawanan dan memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Yarmouk di Jordan. Selepas menamatkan pengajian, Shireen kembali ke Palestin dan bekerja di beberapa stesen seperti UNRWA, Radio Suara Palestin, Saluran Satelit Amman, Yayasan Miftah, dan Radio Monte Carlo.
Pada 1997, beliau menyertai saluran satelit Al Jazeera dan bertugas dengannya sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022
![Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652281668_ShireenAbuAkleh.jpg)
Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA. - Gambar/ Al Jazeera
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
![Polis Israel serang orang ramai pada pengebumian wartawan Al Jazeera Polis Israel serang orang ramai pada pengebumian wartawan Al Jazeera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652453440_TBISRAELGILA.jpg)
Polis Israel serang orang ramai pada pengebumian wartawan Al Jazeera
Tindakan keras pasukan keselamatan itu menyebabkan keranda yang diusung orang ramai hampir terjatuh dalam suasana kelam kabut, lapor The New York Times.
![Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652365093_ShireenAbuAkleh.jpg)
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.
![Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652281668_ShireenAbuAkleh.jpg)
Al Jazeera kutuk tentera Israel bunuh wartawan
Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu.