VIENNA: Alexander van der Bellen memenangi penggal kedua enam tahun memegang jawatan Presiden Austria dengan majoriti undi yang jelas dalam pilihan raya.
Bekas pemimpin Greens berusia 78 tahun itu meraih populariti luar biasa dengan menunjukkan ketenangan semasa krisis negara, termasuk kejatuhan kerajaan pada 2019 dan peletakan jawatan Canselor Sebastian Kurz setahun lalu atas dakwaan rasuah.
Parti Kebebasan (FPO) sayap kanan adalah satu-satunya parti di Parlimen yang meletakkan calon menentang van der Bellen.
Presiden Austria melaksanakan sebahagian besar peranan majlis tetapi juga mempunyai kuasa menyeluruh yang bermaksud mengawasi tempoh peralihan dan pergolakan.
Presiden juga adalah komander dalam tentera dan boleh memecat seluruh kerajaan atau Canselor.
Dengan 95 peratus undi yang dibuang di pusat mengundi telah dikira, unjuran berdasarkan kiraan itu meletakkan van der Bellen pada 56.1 peratus dengan margin ralat 1.1 mata peratusan.
Saingan terdekatnya ialah Walter Rosenkranz daripada FPO dengan 17.9 peratus.
Undian yang dikira pada Ahad tidak termasuk undi pos yang akan dikira pada Isnin.
Unjuran berasingan oleh Arge Wahlen untuk agensi berita apa menghasilkan keputusan yang hampir sama.
Astro Awani
Mon Oct 10 2022

Van der Bellen meraih populariti luar biasa dengan menunjukkan ketenangan semasa krisis negara, termasuk kejatuhan kerajaan pada 2019 dan peletakan jawatan Canselor Sebastian Kurz setahun lalu atas dakwaan rasuah. - Foto AP

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Alexander van der Bellen kekal Presiden Austria untuk penggal kedua
Van der Bellen meraih populariti luar biasa dengan menunjukkan ketenangan semasa krisis negara, termasuk kejatuhan kerajaan pada 2019.

Tun Mahathir mahu hubungan Malaysia-Austria lebih rancak
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan bilateral dengan Canselor Austria, Sebastian Kurz selama lebih 30 minit di Canseleri Persekutuan, Vienna.