WASHINGTON: Tindakan melancarkan serangan tanpa membezakan sasaran antara orang awam dan tentera di Semenanjung Gaza akan memberi padah kepada Israel dengan kehilangan sokongan daripada sekutu-sekutunya di Eropah serta komuniti antarabangsa.
Itu amaran dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Selasa ketika menjayakan kempen Pemilihan Presiden 2024 di sini, pada Selasa.
“Israel boleh bergantung harapan kepada Amerika Syarikat berhubung aspek keselamatan negara itu dan kini Israel juga memperoleh sokongan dari luar Amerika Syarikat.
“Israel turut mendapat sokongan daripada Kesatuan Eropah, ia (Israel) disokong oleh Eropah, Israel memperoleh sokongan yang sangat besar dari seluruh dunia.
“Namun begitu, Israel mula kehilangan sokongan (antarabangsa) dengan melancarkan serangan tanpa membezakan sasaran ke atas orang awam dan tentera,” ujar Biden semasa menyampaikan ucapan di hadapan penderma-penderma dana pada kempen berkenaan.
Sejak hari pertama perang meletus pada 7 Oktober lalu sehingga kini, sebanyak lebih 18,000 rakyat Palestin terkorban, sementara 50,000 cedera berikutan kegilaan zionis Israel menyerang Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan dalam laporannya.
Jumlah itu belum mengambil kira mangsa yang hilang atau tertimbus dalam runtuhan bangunan akibat perang yang sudah berpanjangan selama dua bulan.
Tentera zionis melancarkan pembunuhan ke atas rakyat Palestin susulan tindakan pasukan pejuang Hamas menyerang Israel sehingga mengakibatkan kematian 1,200 orang selain menawan 240 tebusan di selatan Israel.
Dalam ucapan kempen pilihan raya itu juga, Biden turut mengkritik Kabinet Israel yang disifatkan beliau sebagai ‘kerajaan konservatif.’
“Ini merupakan kerajaan paling konservatif dalam sejarah Israel. Beliau (Netanyahu) harus mengubah kerajaan beliau. Kerajaan yang ada di Israel ketika ini hanya menyulitkan keadaan,” bidas Biden.
Biden berpendapat, Israel juga tidak boleh “mengatakan tidak” pada penubuhan negara Palestin seperti yang diperakui oleh seluruh masyarakat antarabangsa. - Agensi
Agensi
Tue Dec 12 2023

Gambar fail menunjukkan Joe Biden (kiri) mengadakan perbincangan dengan Benjamin Netanyahu mengenai situasi di Gaza. - Gambar REUTERS
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.