ALASKA:Amaran tsunami dikeluarkan pada Isnin selepas gempa awal 7.5 magnitud melanda Sand Point, Alaska.
Amaran itu dikeluarkan untuk Semenanjung Alaska dan Alaska Selatan, menurut Pusat Amaran Tsunami Nasional di Palmer, Alaska.
"Kami masih menunggu jika terdapat sebarang gelombang yang mungkin dihasilkan," kata Scott Langley dari Pusat Amaran Tsunami Nasional.
Langley bagaimanapun berkata kawasan terjejas dengan gempa itu "agak jauh" namun pihaknya perlu berjaga-jaga serta menyiasat sama ada terdapat tanda-tanda tsunami berlaku, katanya.
"Untuk pantai Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan pantai Kanada di Amerika Utara, tahap bahaya tsunami juga sedang dinilai.
“Maklumat lebih lanjut akan diberikan dalam pemakluman tambahan," kata agensi itu.
Jelasnya lagi, pusat gempa tersebut dicatatkan kurang 60 batu dari Sand Point, berhampiran Semenanjung Aleut di bahagian barat daya negeri berkenaan.
"Kami memang merasakannya. Ia agak kuat," kata pegawai Klinik Sand Point, Lorna Osterback.
Osterback berkata bahawa penduduk bandar akan diarah untuk ke kawasan yang lebih tinggi dan jauh dari pantai susulan gempa besar itu selain menunggu makluman lanjut dikeluarkan.
"Kami menjangkakan akan ada satu lagi (gempa) dalam kira-kira setengah jam akan datang kerana kami betul-betul berada di atas garisan gempa.
“Bagaimanapun, saya dibesarkan di sini dan perkara seperti ini adalah normal,” kata Osterback.
Sehingga kini, terdapat beberapa gempa susulan, termasuk satu dengan kekuatan 5.9 dan satu yang 5.8, melanda dalam tempoh satu jam selepas gempa besar itu melanda.
Afiq Ariffin
Mon Oct 19 2020
Amaran tsunami dikeluarkan pada Isnin selepas gempa awal 7.5 magnitud melanda Sand Point, Alaska. -Foto earthquake.usgs.gov
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa Xizang - CENC
Gempa bumi dengan magnitud 5.0 menggegarkan Daerah Dingri di Xigaze, Wilayah Autonomi Xizang pada 8.58 malam, Isnin (Waktu Beijing).
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
1,211 gempa susulan dikesan selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud Xizang
Gempa susulan terbesar mempunyai magnitud 4.4 dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada 126, cedera 188 orang
Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada sekurang-kurangnya 95 orang
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
32 maut, 38 cedera gempa bumi landa Xizang
Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze.
Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru