ANKARA: Amnesty International pada Khamis menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
Dalam satu kenyataan di X, kumpulan hak asasi manusia itu berkata mesti ada siasatan segera berhubung laporan ngeri bahawa berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dan cedera ketika cuba menerima bantuan makanan di utara Gaza hari ini, lapor Agensi Anadolu.
Amnesty International berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada "dokumentasi berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin."
Kenyataan itu dibuat selepas tentera Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin pada awal Khamis ketika mereka menunggu bantuan kemanusiaan di Bandaraya Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan, insiden itu membunuh sekurang-kurangnya 112 orang dan mencederakan 760 yang lain.
Menekankan krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza, organisasi itu merujuk kepada amaran PBB baru-baru ini mengenai ancaman kebuluran dan menyalahkan krisis itu kepada "kepungan haram dan serangan tanpa henti" Israel di wilayah itu sejak 16 tahun lalu.
"Gesaan oleh Menteri Keselamatan Israel (Itamar) Ben-Gvir selepas tragedi hari ini untuk menghentikan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata ia "mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim, termasuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi berhampiran Al-Rashid Street di Bandaraya Gaza.
OIC juga menggesa masyarakat global untuk segera menghentikan "jenayah genosid" Israel dan memastikan perlindungan antarabangsa terhadap orang awam Palestin selain menjamin penghantaran barang keperluan penting dan bantuan kemanusiaan yang berterusan untuk mereka.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh sekurang-kurangnya 30,035 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
![Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709246264_Palestinians.jpg)
Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran. - Gambar fail/AP
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991063_TrumpNetanyahu.jpg)
Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
![Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai keterlaluan Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai keterlaluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71548479311_AgnesCallamard.jpg)
Amnesty International kecam cadangan Trump pindahkan rakyat Palestin sebagai "keterlaluan"
Amnesty International menyatakan cadangan Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza adalah "keterlaluan" dan "satu pencabulan undang-undang antarabangsa.
![Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728268012_medicalinstrument.jpg)
Amnesty International desak Israel bebaskan petugas kesihatan yang ditahan
Organisasi itu menegaskan bahawa Israel mesti segera membebaskan semua rakyat Palestin yang ditahan secara sewenang-wenangnya, terutama petugas kesihatan.
![Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728862112_Gaza.jpg)
Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.
![Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733387058_tbIsraeliairstrike.jpg)
Amnesty International tuduh Israel lakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza
Amnesty International pada Khamis menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
![Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71548479311_AgnesCallamard.jpg)
Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty
Callamard menyeru masyarakat antarabangsa mengecam undang-undang Israel ini dan mendesak ia dibatalkan.
![Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721281667_diskriminasi.jpg)
Olimpik Paris: Perancis dikutuk gara-gara larang atlet wanita berhijab
Kumpulan hak asasi manusia menuduh Perancis 'hipokrasi diskriminasi' kerana enggan membenarkan atletnya memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris.
![Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714091160_Studentsdemonstrate.jpg)
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
![Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709246264_Palestinians.jpg)
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
![OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai tindakan aparteid Israel terhadap rakyat Palestin OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai tindakan aparteid Israel terhadap rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81643949271_OIC.jpg)
OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai tindakan aparteid Israel terhadap rakyat Palestin
Ia dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan oleh Israel, jenayahnya dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.