PATTANI: Penguasaan subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu di Selatan Thailand masih rendah dan dikhuatiri boleh menyebabkan komuniti berkenaan terus ketinggalan.
Penasihat kepada Menteri Pendidikan Tinggi Thailand, dalam bidang Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Dr Zoraida Zainal Abidin mengakui masalah penguasaan bahasa Thai yang lemah menjadi sebab kurangnya sambutan pelajar-pelajar tempatan untuk mengikuti subjek Matematik dan Sains.
Tambahnya, masalah enrolmen pendidikan tinggi di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani ada kaitan rapat dengan masalah kemiskinan di wilayah-wilayah berkenaan.
“Pelajar tidak begitu berminat untuk mempelajari Sains dan Matematik, mereka kata subjek berkenaan susah.
"Pertama disebabkan oleh penguasaan bahasa Thai. Bahasa ibunda mereka ialah bahasa Melayu, tetapi di sekolah mereka harus menggunakan bahasa Thai,” jelas Dr Zoraida ketika ditemui semasa program Silang Budaya anjuran Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) di Pattani, Thailand, baru-baru ini.
Pada masa sama beliau mahukan pelajar-pelajar Melayu di Selatan Thai untuk menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk memudahkan interaksi dengan negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
“Loghat bahasa Melayu tempatan tidak boleh digunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, jadi saya berharap supaya ada kursus untuk masyarakat tempatan mempelajari bahasa Melayu peringkat tinggi untuk digunakan dalam urus niaga dan dalam bidang ekonomi,” tambahnya.
Beliau percaya, jika sektor pendidikan dan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak tempatan dapat ditingkatkan, ia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada proses keamanan di selatan Thailand.
Data terbaharu daripada UNICEF yang diterbitkan pada September lalu menunjukkan kadar keciciran peringkat sekolah menengah di Selatan Thailand adalah yang tertinggi negara berkenaan, dengan Narathiwat mencatatkan paras 21 peratus dan Pattani 20 peratus kadar keciciran, berbanding purata nasional 15 peratus.
Shafizan Johari
Mon Oct 30 2023

Zoraida berkata masalah penguasaan bahasa Thai yang lemah menjadi sebab kurangnya sambutan pelajar-pelajar tempatan untuk mengikuti subjek matematik dan sains. -Foto Thai Muslim Student Association (TMSA)
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
![[KOLUMNIS] Sorotan kemerosotan mata pelajaran Sains dan Matematik: Fenomena biasa pendidikan negara? [KOLUMNIS] Sorotan kemerosotan mata pelajaran Sains dan Matematik: Fenomena biasa pendidikan negara?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716783324_tbPelajarSekolahMe.jpg)
[KOLUMNIS] Sorotan kemerosotan mata pelajaran Sains dan Matematik: Fenomena biasa pendidikan negara?
Negara akan kehilangan tenaga kerja profesional dalam bidang berkaitan teknologi, kejuruteraan dan perubatan seperti doktor dan saintis dan jika pola ini berterusan.

Biar kabinet bincang isu PPSMI - Anwar
Biar isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibincangkan di peringkat kabinet.

1,303 sekolah laksana DLP minggu depan - KPM
Program DLP akan diteruskan di 1,215 buah sekolah sedia ada dan telah diluluskan kepada 88 buah sekolah baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,303 buah sekolah.