TRIPOLI: Seif al-Islam al-Gaddafi yang merupakan anak kepada bekas pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi pada Ahad mendaftarkan pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden yang bakal menyaksikan pusingan pertama diadakan pada 24 Disember depan.
"Beliau sudah mengemukakan permohonan kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi Plihan Raya Kebangsaan di bandar Sebha," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut, Seif, 49, mematuhi segala syarat yang ditetapkan malah beliau juga sudah diberikan kad pendaftaran pengundi untuk daerah tersebut.
Pencalonan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang tersebar sejak beberapa bulan lalu berhubung kemungkinan beliau akan bertanding walaupun dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah kemanusiaan ketika gelombang Arab Spring melanda Tripoli pada 2011.
Pada Julai lalu, Seif membuat kemunculan semula malah beliau memberitahu The New York Times tentang hasratnya kembali semula ke dalam dunia politik.
Menerusi wawancara itu, beliau menyuarakan rancangannya untuk memulihkan perpaduan selepas sedekad negara itu dilanda kucar-kacir dan ketidakstabilan politik.
Sejak Jun 2014, Seif tidak pernah tampil di khalayak umum dan hanya muncul menerusi sidang video dari Zintan ketika perbicaraannya di sebuah mahkamah di Tripoli.
Kira-kira empat tahun kemudian, beliau dijatuhi hukuman mati atas jenayah yang dilakukannya ketika negara itu turut berdepan tempias revolusi kebangkitan rakyat yang melanda beberapa negara di Asia Barat.
Pentadbir di timur negara itu bagaimanapun memberikan pengampunan kepadanya, namun keputusan itu tidak pernah diiktiraf pihak berkuasa di Tripoli.
Difahamkan, pendaftaran untuk calon Presiden dan Pilihan Raya Parlimen akan mula dibuka pada Isnin.
Pada mulanya, pemilihan tersebut dijadualkan pada 24 Disember, namun Parlimen memutuskan untuk menangguhkan Pilihan Raya Parlimen pada Januari 2022.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Nov 14 2021

Saif (kanan) mengemukakan pencalonan beliau di bandar Sebha pada Ahad. - Foto Agensi

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Anak Muammar Gaddafi 'kritikal', dipindah dari penjara ke hospital
Hannibal melancarkan mogok lapar bulan lalu sebagai protes terhadap penahanan tanpa bicara yang dikenakan terhadapnya sejak 2015.

Penunjuk perasaan bakar Parlimen Libya
Penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan mengadakan pilihan raya segera bagi memulihkan keadaan.

Anak Muammar Gaddafi mahu bertanding jawatan Presiden Libya
Seif mematuhi segala syarat yang ditetapkan malah beliau juga sudah diberikan kad pendaftaran pengundi untuk daerah tersebut.

Tentera di timur Libya lancar serangan udara ke atas pasukan kerajaan disokong PBB
Serangan memusnahkan berpuluh-puluh kenderaan tentera di selatan Tripoli, kata sumber, tanpa mendedahkan butiran mengenai sebarang kecederaan atau kematian yang dialami.

Ratusan banduan berjaya lolos
Kesemua tahanan itu dapat membuka pintu dan melarikan diri selepas pergaduhan tercetus antara kumpulan militia berhampiran penjara Ain Zara.

OIC rancang lantik wakil khas ke Libya
Dr Yousef A. Al-Othaimeen berkata demikian pada pertemuan dengan Menteri Luar Libya Mohamed Tahir Siala di luar Mesyuarat Agung Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Menteri-Menteri Luar.