NEW DELHI: Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Kira-kira 100 sekolah di New Delhi dan kawasan sekitar bandar raya itu menerima ancaman bom menerusi e-mel.
Kebanyakan sekolah menghubungi polis selepas menerima e-mel berbaur ancaman itu.
"E-mel mengenai ancaman bom itu adalah palsu dan mereka diminta bertenang. Polis Delhi dan agensi keselamatan mengambil semua langkah yang perlu mengikut protokol," kata Kementerian Dalam Negeri India.
Ibu bapa yang bimbang berkumpul di luar sekolah untuk membawa anak-anak mereka pulang selepas mendapat mesej mengenai ancaman bom itu.
Beberapa sekolah dikosongkan selepas polis menjalankan pemeriksaan di bangunan itu.
Polis Delhi mendapati "tiada apa-apa yang tidak diingini ditemui setakat ini" selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh, kata pegawai kanan polis Suman Nalwa kepada media tempatan.
"Nampaknya seseorang telah melakukan insiden itu untuk menimbulkan panik," katanya, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.
Gabenor Delhi, Leftenan Vinai Kumar Saxena berkata polis telah mengesan sumber e-mel itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Polis Delhi mendapati "tiada apa-apa yang tidak diingini ditemui setakat ini" selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh. - Gambar Reuters
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.

Kes jenayah komersial di Johor meningkat, kerugian cecah RM33.88 juta
Sebanyak 719 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM33.88 juta direkodkan di Johor sejak Januari hingga Sabtu lepas.

JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.

'Scammer' hantar e-mel kompaun saman lalu lintas, guna logo PDRM
Taktik terbabit dihantar secara meluas kepada e-mel individu dengan menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan terperdaya e-mel bantu pindah hadiah kemenangan - MCMC
MCMC menegaskan bahawa pengerusi suruhanjaya itu tidak pernah menghantar e-mel kepada orang awam untuk membantu memindahkan hadiah kemenangan wang tunai daripada sebuah syarikat telekomunikasi.

Pemberhentian kerja di Twitter bermula Jumaat
Pekerja Twitter akan menerima berita melalui e-mel pada permulaan perniagaan pada Jumaat tentang nasib mereka.

Kaspersky: Malaysia catat ancaman siber yang rendah pada suku kedua 2022
Ancaman siber di Malaysia menunjukkan aliran penurunan, dengan 11 juta kes direkodkan pada suku kedua 2022 berbanding 28.9 juta pada suku kedua tahun lalu.

Waspada dengan mesej penipuan melalui e-mel - MCMC
MCMC mengingatkan orang ramai supaya waspada dengan e-mel menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat, yang memberi arahan di luar kebiasaan.

Hati-hati 'scammer' cipta laman sesawang mirip milik agensi kerajaan, bank
FOMCA menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan scammer yang guna laman sesawang mirip agensi kerajaan dan pihak bank.