MOSCOW: Angka penduduk yang terpaksa berpindah, melarikan diri, pencabulan hak asasi manusia dan penganiayaan serta keganasan sudah melebihi 100 juta, dengan konflik di seluruh dunia memburukkan lagi keadaan, lapor Sputnik.
Menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Isnin, menjelang akhir 2021, bilangan orang yang terpaksa berpindah meningkat sehingga 90 juta disebabkan gelombang baharu keganasan atau permusuhan berterusan di Afghanistan, Burkina Faso, Ethiopia , Myanmar, Nigeria dan Republik Demokratik Congo.
Sejak tiga bulan lalu, konflik di Ukraine menyebabkan 14 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka, termasuk enam juta mencari suaka di luar negara dan lapan juta hilang menjadi pelarian domestik.
"Seratus juta adalah angka yang besar dan membimbangkan. Ia rekod yang tidak sepatutnya berlaku dan menyedarkan kita untuk bangkit menyelesaikan dan mencegah konflik, menamatkan penganiayaan dan menangani punca asas yang memaksa penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka," kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian, Filippo Grandi dalam satu kenyataan.
Jumlah keseluruhan orang yang terpaksa berpindah kini melebihi satu peratus daripada populasi global, dan angka itu setanding dengan saiz populasi Mesir, yang menduduki tempat ke-14 negara paling ramai penduduk di dunia.
Lebih separuh daripadanya terpaksa berpindah manakala bilangan pelarian dan pencari suaka berjumlah 46.8 juta.
Beliau berkata bantuan kemanusiaan bukanlah penyelesaian muktamad kepada krisis pelarian.
Katanya, satu-satunya penyelesaian terbaik ialah mewujudkan semula keamanan dan kestabilan supaya rakyat yang tidak bersalah tidak lagi perlu menanggung penderitaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Menurut UNHCR, jumlah keseluruhan orang yang terpaksa berpindah kini melebihi satu peratus daripada populasi global.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.

Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.

Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.

250,000 orang larikan diri dari Lubnan ke Syria berikutan serangan Israel - PBB
Kira-kira 250,000 orang menyeberang dari Lubnan ke Syria berikutan serangan yang diperhebatkan oleh Israel, menurut UNHCR.

Bangladesh tidak dapat tampung lagi pelarian Rohingya - Penasihat Luar
Dhaka gesa negara dan organisasi yang mengesyorkan pengambilan selanjutnya supaya mereka berkongsi beban itu sendiri.

Olimpik Paris 2024: UNHCR catat sejarah hantar kontinjen pelarian terbesar dan raih pingat sulung
Dengan 37 atlet yang bertanding dalam 12 sukan berbeza, ini adalah pasukan pelarian terbesar sejak IOC menubuhkan pasukan pelarian pertama pada Sukan Olimpik 2016.

UNHCR: Pendatang hadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan' di laluan utama ke Eropah
UNHCR menggesa perluasan usaha menyelamat bagi pendatang di laluan penghijrahan utama ke Eropah, yang menghadapi 'kengerian yang tidak dapat dibayangkan'.

Penjawat awam antara empat ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar
Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.

1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.