BANGKOK: Angka kematian akibat kebakaran di sebuah kelab malam di Thailand meningkat kepada 19, selepas seorang wanita berusia 23 tahun meninggal dunia pada Isnin akibat melecur teruk.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 2, Mej Jeneral Chaipotchana Suwannarak berkata, wanita itu meninggal dunia pada 2.50 pagi waktu tempatan (3.50 pagi waktu Malaysia) di Hospital Chonburi.
"Setakat ini, 27 orang masih menerima rawatan di hospital, termasuk 13 mangsa masih menggunakan bantuan ventilator di unit rawatan rapi (ICU)," kata Chaipotchana.
Dalam kejadian awal pagi 5 Ogos, kelab malam Mountain B di wilayah Chonburi terbakar ketika penuh sesak dengan pelanggan.
Saksi mendakwa kebakaran bermula ketika persembahan muzik sedang berlangsung, dengan pengunjung yang panik bertindak melarikan diri melalui pintu depan sejurus api mula merebak.
Polis Thailand telah menahan pemilik kelab malam berusia 27 tahun itu pada 6 Ogos.
Dia didakwa atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian dan mengendalikan kelab malam tanpa lesen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Dalam kejadian awal pagi 5 Ogos, kelab malam Mountain B di wilayah Chonburi terbakar ketika penuh sesak dengan pelanggan.- Gambar fail/Sawang Rojana Thammasathan Foundation
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.
[INFOGRAFIK] Bandar Wakaf Di Gaza
Berikut adalah info berkenaan dengan Bandar Wakaf di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Angka kematian akibat kebakaran di kelab malam Thailand meningkat kepada 19
Seorang wanita berusia 23 tahun meninggal dunia pada Isnin akibat melecur teruk.
Pemilik kelab malam terbakar ditahan
Polis Thailand telah menahan pemilik kelab malam di wilayah Chonburi berhubung kejadian kebakaran yang tercetus pada malam Jumaat sehingga mengorbankan 15 pengunjung dan 35 lagi cedera.
Angka kematian kebakaran kelab malam meningkat kepada 15 orang
Angka kematian akibat kebakaran pub di Thailand meningkat kepada 15 orang pada Sabtu, selepas seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di Hospital Rayong, di sini.