BLANTYRE: Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy di Malawi kini mencecah 326 orang.
"Angka kematian meningkat daripada 225 kepada 326, manakala jumlah mangsa yang cedera dan masih hilang masing-masing meningkat kepada 201 dan 796.
"Jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat lebih dua kali ganda kepada 183,159, kata Presiden Malawi Lazarus Chakwera.
Kerajaan telah menubuhkan 317 kem sementara di seluruh wilayah yang dilanda bencana, lapor Xinhua.
Pemimpin Malawi itu menekankan semula keperluan agar lebih banyak bantuan kemanusiaan daripada organisasi dan individu tempatan dan antarabangsa dapat disalurkan.
Sementara itu, ahli perniagaan tempatan berjanji untuk menyumbang sehingga US$1.5 juta bagi menyokong penduduk yang terjejas.
Dalam pada itu, Malawi juga berdepan potensi wabak penyakit bawaan air ekoran Siklon Freddy.
Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan bahawa banjir, angin kencang dan tanah runtuh boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti taun.
Charles Mwansambo, Setiausaha Kesihatan, mengakui risiko itu, tetapi berkata kerajaan bekerjasama rapat dengan agensi kesihatan untuk meminimumkan ancaman itu.
"Kementerian dan agensi kesihatan lain bekerjasama untuk mempergiat usaha dan memastikan tindak balas segera," kata Mwansambo dalam temu bual dengan Xinhua pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan bahawa banjir, angin kencang dan tanah runtuh boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti taun. -AP
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Angka kematian akibat Siklon Freddy di Malawi meningkat kepada 326
Angka kematian meningkat daripada 225 kepada 326, manakala jumlah mangsa yang cedera dan masih hilang masing-masing meningkat kepada 201 dan 796.

Angka kematian akibat siklon tropika Freddy meningkat kepada 10
Secara keseluruhan 17 orang disahkan terkorban di Madagascar sejak Freddy mula melanda pulau itu pada Februari.