BANGKOK: Angka kematian akibat kebakaran pub di Thailand meningkat kepada 15 orang pada Sabtu, selepas seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di Hospital Rayong, di sini.
Kematian terbaru itu disahkan oleh Sattahip Rescue.
Dalam kejadian 1 pagi pada Jumaat itu, 13 pengunjung - sembilan lelaki dan empat wanita maut dan 35 yang lain cedera dalam kebakaran di kelab malam Mountain B yang sesak di wilayah Chonburi, tenggara ibu kota Bangkok.
Timbalan Pengarah Hospital Tentera Laut Queen Sirikit Dr Nongluck Singhakowin berkata, 16 daripadanya cedera parah, kebanyakannya mengalami luka terbakar tahap tiga di lebih 60 peratus badan mereka, dan masih menggunakan ventilator di unit rawatan rapi.
Menurut saksi, kebakaran bermula semasa persembahan muzik secara langsung, dengan penonton yang panik cuba melarikan diri melalui pintu depan apabila api merebak dengan pantas.
Video di media sosial menunjukkan asap hitam tebal berkepul-kepul muncul dari pintu ketika beberapa pengunjung dilihat berlari keluar dengan pakaian mereka terbakar.
Sementara itu, Komander Polis Daerah Chonburi Pol. Mej Jen Atthasit Kitchahan mengarahkan pemindahan segera lima pegawai kanan polis termasuk ketua di balai polis Phlu Ta Luang berikutan kebakaran itu.
Pemindahan itu didakwa berkaitan dengan kegagalan mereka bertindak ke atas pub yang telah beroperasi secara haram.
Berikutan kebakaran itu juga, Ketua Pegawai Daerah Sattahip, Chatchai Sripoon, telah dipindahkan ke Institut Pembangunan Pentadbiran di bawah Jabatan Pentadbiran Wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Kebakaran dipercayai bermula semasa persembahan muzik secara langsung, dengan penonton yang panik cuba melarikan diri melalui pintu depan. - Foto Twitter/@ThaiEnquirer
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Penyelenggaraan berkala atasi masalah banjir di Sabah - Jeffrey
"Penyelenggaraan yang dijalankan tiga kali setahun dengan kos RM40 juta tidak mencukupi bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik."
Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Angka kematian akibat kebakaran di kelab malam Thailand meningkat kepada 19
Seorang wanita berusia 23 tahun meninggal dunia pada Isnin akibat melecur teruk.
Pemilik kelab malam terbakar ditahan
Polis Thailand telah menahan pemilik kelab malam di wilayah Chonburi berhubung kejadian kebakaran yang tercetus pada malam Jumaat sehingga mengorbankan 15 pengunjung dan 35 lagi cedera.
Angka kematian kebakaran kelab malam meningkat kepada 15 orang
Angka kematian akibat kebakaran pub di Thailand meningkat kepada 15 orang pada Sabtu, selepas seorang lelaki berusia 36 tahun meninggal dunia di Hospital Rayong, di sini.