ANKARA: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye bulan lepas telah meningkat kepada 50,096, manakala 107,204 lagi cedera menurut Ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer.
Pada 6 Februari, gempa berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah Turkiye - Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.
Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat itu.
Sementara itu, Jerman akan menggandakan bantuan kewangannya sebanyak EUR240 juta (AS$257 juta) membabitkan wilayah yang terjejas di Turkiye dan Syria, Menteri Luar Annalena Baerbock mengumumkan pada Isnin.
Bercakap kepada pemberita di Brussels menjelang mesyuarat menteri luar EU, Baerbock berkata Jerman dan rakan kongsi Eropah akan menyokong usaha pembinaan semula bandar-bandar yang dilanda bencana.
"Selepas gempa bumi, Jerman dan EU menyalurkan bantuan segera untuk menyelamatkan orang ramai.
"Hari ini, pembinaan semula adalah keutamaan utama dan kami akan meneruskan bantuan," katanya.
EU akan menganjurkan persidangan antarabangsa di Brussels pada Isnin untuk mengumpul dana bagi usaha bantuan, pemulihan dan pembinaan semula di kawasan yang terjejas.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Mon Mar 20 2023

Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang terjadi pada 6 Februari lalu. - AP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.