NAIROBI (Kenya): Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 227 pada Rabu selepas pihak polis menemukan 15 lagi mayat.
Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha mengesahkan penemuan mayat itu semasa taklimat media, lapor Agensi Anadolu.
"Jumlah orang hilang kini meningkat kepada 611," kata Onyancha, merujuk kepada gesaan pihak polis agar orang ramai tampil melaporkan mengenai kehilangan orang tersayang.
Sebelum ini, beratus-ratus mayat telah ditemukan di Hutan Shakahola di Daerah Kilifi sejak pertengahan April semasa penyiasatan dijalankan terhadap kultus yang dikendalikan oleh Mackenzie, seorang paderi yang mengetuai Gereja Good News International di Kenya.
Dia dituduh mengarahkan pengikutnya supaya mati kelaparan agar mereka dimasukkan ke dalam syurga sebelum kiamat.
Siasatan yang bermula bulan lalu mendedahkan beberapa mangsa kehilangan organ mereka, mendorong dakwaan berlakunya pemerdagangan organ manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

Sebelum ini, beratus-ratus mayat telah ditemukan di Hutan Shakahola di Daerah Kilifi sejak pertengahan April semasa penyiasatan dijalankan terhadap kultus yang dikendalikan oleh Mackenzie. - Gambar/ Reuters

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Angka korban kultus kebuluran di Kenya cecah 227 orang, 611 lagi hilang
Angka kematian di Kenya dipercayai akibat kultus kebuluran meningkat kepada 227 pada Rabu selepas pihak polis menemukan 15 lagi mayat.