PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 1,419 mangsa, pada awal pagi Selasa.
Mangsa yang cedera pula meningkat kepada 6,000 orang.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi berkekuatan 7.2 pada skala Ritcher disusuli gempa susulan dirasai di bandar Petit Trou de Nippes kira-kira 150 kilometer barat ibu kota Port-au-Prince, pada kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi pada 8.30 pagi waktu tempatan itu turut dirasai sehingga sejauh Cuba dan Jamaica.
Gempa itu dilaporkan kuat dan lebih dalam berbanding gempa bumi berkekuatan 7.0 pada skala Ritcher yang mengorbankan puluhan ribu orang di negara termiskin Amerika 11 tahun lalu.
Bagaimanapun saksi awal memberitahu ia tidak menyebabkan kerosakan besar.
Sementara itu, Perkhidmatan Perlindungan Awam Haiti berkata, jumlah kematian awal direkodkan 227 mangsa dan Perdana Menteri Ariel Henry mengiystiharkan darurat selama sebulan.
Bandar yang mengalami kerosakan teruk ialah Les Cayes di mana banyak bangunan runtuh dan pihak berkuasa masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Di Les Cayes, penduduk tempatan menyatakan, air membanjiri bandar itu dan menyebabkan panik kerana mereka bimbang berlakunya tsunami.
Media Haiti melaporkan beberapa orang di sepanjang pantai telah melarikan diri ke kawasan pergunungan.
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa berlaku namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meluluskan tindakan segera ke atas insiden gempa tersebut dan menamakan Samantha Power, Pentadbir Agensi Pembangunan Antarabangsa sebagai penyelaras usaha pemulihan.
Gempa berlaku hanya sebulan selepas pembunuhan Presiden Jovenel Moise.
Bencana alam terbaharu ini menyebabkan sejumlah besar rakyat Haiti berdepan satu lagi masalah iaitu kelaparan dan kebuluran ketika mana perkhidmatan kesihatan dipenuhi dengan pesakit COVID-19.
Astro Awani
Tue Aug 17 2021
Usaha mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. - Foto AP/Matias Delacroix
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.