MOSCOW: Angka migran antarabangsa di seluruh dunia meningkat lebih tiga kali ganda kepada 281 juta pada 2020 berbanding 84 juta pada 1970, lapor Sputnik, memetik Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).
"Menurut laporan itu, bilangan migran antarabangsa meningkat daripada 84 juta pada 1970 kepada 281 juta pada 2020, bagaimanapun apabila mengambil kira pertumbuhan populasi global, bahagian migran antarabangsa hanya meningkat daripada 2.3 peratus kepada 3.6 peratus daripada jumlah penduduk dunia," kata IOM pada Rabu, mengulas Laporan Migrasi Dunia 2022 yang dikeluarkannya.
IOM menambah bahawa jumlah pendatang antarabangsa boleh meningkat dua juta tahun lepas jika pandemik COVID-19 tidak meletus.
"Kita menyaksikan paradoks yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sejarah manusia... Ketika berbilion-bilion orang terpaksa berkurung di rumah disebabkan COVID-19, berpuluh juta yang lain kehilangan tempat tinggal di dalam negara mereka sendiri," kata Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Ribuan migran sedia meninggalkan kampung halaman demi pekerjaan di New Delhi. -Gambar hiasan/AP
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
Kumpulan pertama migran dihantar pulang tiba di Colombia dari AS
Warga Colombia itu diterbangkan dari Houston, Texas dan San Diego, California atas arahan Presiden Colombia Gustavo Petro.
Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis
Sebuah bot yang membawa 59 migran dilihat sejurus sebelum tengah malam berhampiran Bandar Ambleteuse, Pas-de-Calais.
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia
Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing
Suspek ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.
Surat aktivis: KSM akan jalankan operasi seluruh negara - Sivakumar
KSM akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada OHCHR berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.