RIYADH: DUA angkasawan Arab Saudi, Rayyanah Barnawi dan Ali Al Qarni, menyelesaikan misi bersejarah mereka selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Selasa dan memulakan perjalanan pulang ke bumi.
Suruhanjaya Angkasa Saudi (SSC) dalam hantaran di akauan Twitter berkongsi video saat-saat terakhir angkasawan mereka selesai menjalani siri eksperimen saintifik.
Pada Isnin, Barnawi dan Al Qarni bersama dengan rakan-rakan mereka dari Amerika Syarikat (AS), Peggy Whitson dan John Shoffner yang menyertai misi berkenaan dan dikenali sebagai misi Axiom-2 (AX-2) menyelesaikan semua tugasan saintifik mereka dan mula menyiapkan pesawat SpaceX Dragon untuk kembali ke bumi.
Portal berita Saudi Gazette melaporkan, pesawat SpaceX Dragon memulakan perjalanan pulang yang mengambil masa kira-kira 12 jam sebelum mencecah air, menandakan berakhirnya misi angkasa AX-2 yang dilancarkan oleh Arab Saudi pada 22 Mei lalu sebagai misi saintifik Arab Saudi pertama ke angkasa lepas.
Pesawat tersebut pulang ke bumi dengan lebih daripada 300 paun kargo dan data penting yang akan mempengaruhi pemahaman fisiologi manusia di bumi dan di orbit.
SpaceX Dragon merupakan pesawat angkasa lepas pertama yang secara automatik mengangkut manusia di luar bumi, memulakan perjalanan pemisahan dari ISS pada Selasa dan melakukan beberapa manuver sehingga memasuki atmosfera dan dijadualkan mendarat di pantai Florida, AS pada awal pagi Rabu.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), SpaceX dan Axiom Space menyiarkan secara langsung ketibaan kesemua angkasawan itu melalui laman web dan saluran media sosial mereka.
Axiom berkata, kesemua faktor termasuk cuaca menepati syarat bagi pesawat berkenaan berlepas.
Krew AX-2 menyelesaikan kira-kira 10 hari di angkasa menjelang akhir misi mereka.
Perpisahan yang mengharukan
Barnawi, yang menjadi wanita pertama Arab Saudi mengikuti misi di angkasa lepas menyampaikan ucapan yang menyentuh emosi dari angkasa dengan berkata: "Setiap cerita ada penghujungnya."
Kata pegawai penyelidik itu: "Ini hanya permulaan zaman baharu bagi negara kita dan rantau kita."
Apabila krew AX-2 bersedia meninggalkan stesen angkasa, mereka menyertai ahli krew Ekspedisi 69 yang menjalankan misi selama enam bulan - dalam upacara perpisahan bersama pada hari Isnin.
Semasa acara itu, krew AX-2 berkongsi kata-kata penghargaan dan cerita mengenai pengalaman mereka di stesen angkasa lepas dan krew ISS berpeluang untuk
merayakan misi bersejarah AX-2.
Dalam siaran langsung acara tersebut, Al Qarni, seorang juruterbang jet pejuang, menyampaikan penghargaannya kepada rakan sejawatnya di ISS dengan menggambarkan mereka sebagai "sumber inspirasi yang luar biasa."
Sementara itu, Barnawi mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sejawatnya pada akhir misi saintifiknya diiringi mesej penghargaan dan air mata kegembiraan kepada anggota krew atas kerjasama dan sokongan mereka terhadap misi tersebut.
Semasa berada di makmal angkasa, astronot AX-2 berjaya menjalankan lebih daripada 20 program penyelidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan lebih daripada 20 kajian penyelidikan dalam keadaan mikrograviti serta lapan tugasan media.
Pada Isnin, Al Qarni dan Barnawi menjalankan acara penyampaian STEAM terakhir mereka yang menunjukkan pemindahan haba di angkasa.
Angkasawan berkenaan juga menjalankan 14 eksperimen saintifik yang berinovasi sebagai sebahagian daripada misi mereka termasuk enam eksperimen dalam sistem saraf otak, empat eksperimen dalam sel imun dan satu eksperimen dalam teknologi penanaman air.
Barnawi dan Al Qarni tiba di ISS pada 22 Mei sebagai sebahagian daripada misi AX-2 yang dilancarkan oleh Axiom Space.
Agensi
Wed May 31 2023
Gambar yang diedarkan oleh NASA menunjukkan sebahagian daripada anggota misi Axiom-2 yang sedia untuk kembali ke bumi. Rayyanah Barnawi (paling depan, kanan) dan Ali Al Qarni (paling depan, tiga dari kanan) merupakan dua angkasawan dari Arab Saudi.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Angkasawan Arab Saudi selesai misi 10 hari di angkasa lepas
Rayyanah Barnawi merupakan wanita pertama Arab Saudi yang mengikuti misi di angkasa lepas.