ANKARA: Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Rabu.
Pada Selasa, wilayah Eskisehir di barat Ankara, ibu negara Turkiye mencatat rekod suhu tertinggi pada 49.5 darjah Celsius (120.2 darjah Fahrenheit) .
Suhu akan meningkat kepada 35 darjah Celsius ke atas di 49 wilayah, sekali gus menggesa rakyat terutama warga emas dan kanak-kanak supaya berhati-hati dan melindungi diri daripada terkena strok matahari.
Menurut ramalan, suhu tertinggi 43 darjah Celsius dijangka melanda wilayah Batman, Kahramanmaras, Sanliurfa dan Denizli.
Menurut kenyataan Pentadbiran Air dan Pembetungan Istanbul, takungan air di Istanbul hanya mencukupi untuk tempoh dua bulan sahaja dan keadaan akan menjadi kritikal jika kemarau berterusan.
Sehingga Rabu, takungan air di Istanbul hanya 33.37 peratus penuh atau lebih 289 juta meter padu air, dan di sepanjang dua minggu lepas, bandar itu telah menggunakan tiga hingga 3.5 juta meter padu air setiap hari.
Pihak berkuasa berkata paras air telah surut lebih empat peratus dalam tempoh dua minggu.
Pada 2014, paras air takungan hanya 17 peratus penuh, namun sepanjang lapan tahun berikutnya, paras air tidak pernah surut di bawah paras 52 peratus.
Pada masa yang sama, paras air di separuh daripada sepuluh takungan terbesar juga cetek dengan kandungan air kurang daripada dua peratus.
Lebih 80 peratus rizab air kini berada dalam tiga takungan di Omerli, Darlik dan Terkos.
Tiada hujan diramalkan di bandar untuk tempoh 10 hari akan datang. Suhu dijangkakan antara 30 dan 32 darjah Celsius.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu melalui media sosial menggesa penduduk supaya menjimatkan air, memandangkan takungan air pada Ogos berada pada tahap 62 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Pada Selasa, wilayah Eskisehir di barat Ankara, ibu negara Turkiye mencatat rekod suhu tertinggi pada 49.5 darjah Celsius (120.2 darjah Fahrenheit). - Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK.

Serangan pengebom bunuh diri berhampiran bangunan KDN Turki
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.

Ankara keluar amaran gelombang haba
Perkhidmatan Meteorologi Turkiye (MGM) mengeluarkan amaran kepada penduduk di 49 wilayah di negara itu supaya berhati-hati ekoran suhu tinggi akibat gelombang haba yang tidak normal.

Lima maut dalam letupan kilang roket di Turkiye
Sekurang-kurangnya lima pekerja terbunuh dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kilang roket dan bahan letupan di Ankara pada awal pagi Sabtu.

Siapa pun yang menang pilihan raya, Ankara tetap teruskan hubungan strategik dengan Moscow
Turkiye akan mengekalkan hubungan strategik dengan Rusia tanpa mengira keputusan pilihan raya presiden dan parlimen yang akan datang.

Gelar Erdogan 'tikus longkang', Turki panggil Duta Besar Jerman
Wakil Presiden Jerman, Bundestag Wolfgang Kubicki yang menggelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai tikus longkang'.

Turkiye-Israel: Sokongan Ankara terhadap Palestin tidak berkurangan - Erdogan
Erdogan memberi jaminan itu semasa lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, pada Selasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang.