BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin pada Isnin (27 Nov) di Sadao, Wilayah Songkhla untuk memajukan kerjasama bagi pembangunan kawasan sempadan antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan yang bertujuan untuk menggalakkan perniagaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Projek itu, termasuk jajaran jalan antara Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baharu di Sadao, Thailand dan Bukit Kayu Hitam serta pembinaan jambatan kedua di Sungai Golok-Rantau Panjang.
Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin akan turut melawat jajaran jalan yang menghubungkan CIQ Sadao baharu di Thailand dan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia.
"Perdana Menteri Srettha juga akan melawat ICQS Bukit Kayu Hitam Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Anwar," menurut kenyataan itu.
CIQ Sadao ialah pusat pemeriksaan perdagangan sempadan yang penting dengan jumlah perdagangan sempadan dan perdagangan rentas sempadan tertinggi di Thailand.
Kedua-dua pemimpin juga akan terlibat dalam mesyuarat terhad diikuti dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Srettha sebagai penghormatan kepada lawatan Anwar.
Mesyuarat itu adalah susulan kepada lawatan rasmi Srettha ke Malaysia pada 11-12 Okt, menunjukkan komitmen bersama kedua-dua pemimpin untuk memajukan kerjasama konkrit dalam pembangunan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
Ini terutamanya dalam bidang pelancongan dan memudahkan pengangkutan rentas sempadan bagi barangan dan penumpang.
Berhubung isu keselamatan sempadan, kedua-dua kerajaan telah bekerjasama rapat untuk mencegah dan menyekat jenayah terancang di kawasan sempadan, seperti dadah, pemerdagangan orang dan perdagangan hidupan liar haram.
Pada 2022, kira-kira 2.7 juta rakyat Malaysia melawat Thailand yang membentuk kumpulan pelancong terbesar di negara ini dengan lebih satu pertiga masuk melalui pusat pemeriksaan Sadao.
Sebagai susulan kepada lawatan perdana menteri Thailand ke Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand telah menggantung sementara borang imigresen T.M. 6 untuk pelancong asing yang memasuki Thailand di pusat pemeriksaan CIQ Sadao dari 1 Nov hingga 30 April tahun depan, memudahkan kemasukan pelancong Malaysia.
Sejak pelaksanaan langkah itu pada 1 Nov, jumlah pelancong Malaysia telah meningkat sebanyak 64 peratus di pos pemeriksaan Sadao berbanding tempoh sama tahun lalu.
Setakat 19 Nov, pelancong Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai pelawat ke Thailand dengan jumlah keseluruhan 3.9 juta pelawat.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Watcharong berkata pertemuan antara Srettha dan Anwar di Sadao menunjukkan komitmen bersama kedua-dua kerajaan untuk mengutamakan pembangunan kawasan sempadan Thailand-Malaysia.
"Pertemuan ini akan meningkatkan kesalinghubungan dalam perjalanan, termasuk memperkemas perdagangan rentas sempadan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada rakyat Thailand dan Malaysia, menggalakkan pertumbuhan dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan, ekonomi dan masyarakat," katanya.
Chai berkata Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam semua aspek, terutamanya memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan, serta interaksi antara rakyat.
Malaysia ialah rakan dagang keempat terbesar Thailand di peringkat global dan rakan dagang terbesar Thailand di ASEAN. Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar di ASEAN, dengan jumlah dagangan RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), iaitu peningkatan 17.9 peratus daripada RM97.55 bilion (AS$23.54) pada 2021.
Kedua-dua negara menyasarkan untuk meningkatkan nilai perdagangan untuk mencapai matlamat mereka iaitu US$30 bilion menjelang 2025, dengan majoriti perdagangan antara mereka adalah perdagangan sempadan dan transit.
Perdagangan sempadan Thailand-Malaysia pada tahun 2022 bernilai 336.12 bilion baht, menyumbang sebanyak 31.76 peratus kepada perdagangan sempadan Thailand dengan negara-negara jiran, termasuk perdagangan melalui pusat pemeriksaan kastam Sadao, Padang Besar, Betong dan Sungai Kolok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan. - Gambar fail/Bernama

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.