BEBERAPA rakaman video telah tular di seluruh dunia memaparkan kekejaman terkini yang telah dilakukan oleh tentera regim Zionis antara lainnya menendang seorang individu Muslim rakyat Palestin yang sedang mendirikan solat di dalam kawasan suci umat Islam di Baitulmaqdis.
Tanpa ada rasa sifat hormat sesama manusia, lebih-lebih lagi sewaktu umat Islam di seluruh dunia, terutama di Palestin yang sedang melakukan ibadat di bulan Ramadan yang mulia ini diperlakukan sedemikian rupa.
Baitulmaqdis, kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian menjadi rebutan di antara kedua-dua negara Palestin dan Israel dalam konflik berpanjangan yang berdekad lamanya.
Sejarah
Sewaktu zaman Empayar Uthmaniyah, Palestin adalah sebuah kawasan majoriti berpenduduk Muslim.
Setelah kejatuhan Empayar Muslim yang gagah ini, wilayah Palestin ditadbir oleh pihak British yang menyokong penubuhan negara Israel dalam wilayah Palestin.
Sokongan penubuhan negara Israeil ini telah dibuat menerusi Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917.
Semenjak itu, pemindahan penduduk Yahudi ke Palestin semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Pada tahun 1936, pihak Arab memberontak ke atas pihak British dan Yahudi. Pentadbir British menubuhkan Suruhanjaya Peel bagi mengenalpasti masalah yang mendorong ke arah terjadinya pemberontakan ini.
Hasil dapatan Suruhanjaya ini menyebut bahawa konflik terjadi kerana kedua-dua pihak Arab dan Yahudi ingin mentadbir tanah yang sama.
Bagi mengatasi masalah ini, Suruhanjaya Peel kemudiannya mencadangkan agar Palestin dibahagikan kepada dua wilayah, iaitu wilayah untuk negara Arab Palestin dan negara Yahudi Israel.
Masyarakat Yahudi menegaskan Palestin ialah tanah tradisi mereka, suatu penyataan yang ditolak keras oleh Dunia Arab.
Atas dasar ini, Palestin tidak bersetuju dengan pelan ‘penyelesaian dua negara’ mengakibatkan pertikaian yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.
Ini juga telah menjerumus kedua belah pihak kekancah pertelingkahan sempadan dan wilayah ‘negara’ masing-masing.
Palestin Sebuah Negara Berdaulat
Kekejaman dan jenayah antarabangsa yang telah dilakukan terutama keatas rakyat Palestin bukanlah sesuatu yang baru sahaja berlaku malah telah berpanjangan berdekad lamanya.
Konflik berterusan ini berpanjangan antara lainnya kerana pertikaian kawasan wilayah bagi negara Israel dan isu kedaulatan negara Palestin.
Namun pada 4 Disember 2012, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan Resolusi 67/19 mengenai status Palestin di PBB.
Resolusi ini telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah ‘negara’ bukan Ahli PBB daripada status Pemerhati Tetap di PBB.
Ini secara tidak langsung dunia, melalui PBB, mengiktiraf kedudukan negara Palestin sebagai sebuah negara berdaulat, walaupun belum menjadi Ahli PBB.
Ini kerana bagi menjadi Ahli PBB, ianya mestilah dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB.
Umum mengetahui bahawa rakan sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat yang merupakan salah satu Ahli Tetap Majlis Keselamatan PBB tidak akan merelakan perkara ini daripada berlaku.
Namun, ini bukanlah penghalang bagi Palestin dari menjadi sebuah negara berdaulat di mata dunia.
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Pada 5 Februari tahun ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang terletak di The Hague, Belanda telah membuat keputusan mengenai situasi di negara Palestin.
Mahkamah tersebut mendapati bahawa ia mempunyai bidang kuasa keatas jenayah yang telah dilakukan oleh Israel di dalam wilayah negara Palestin, antara lainnya jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
Bedasarkan kepada keputusan yang sama, Mahkamah Jenayah Antarabangsa juga mendapati bahawa wilayah negara Palestin meliputi wilayah-wilayah yang telah diduduki oleh Israel semenjak tahun 1967, iaitu Gaza, Tebing Barat dan juga Baitulmuqaddis Timur.
Menurut laporan berita dalam dan luar negara, serangan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim zionis keatas rakyat Palestin baru-baru ini masih lagi dilakukan keatas rakyat Palestin didalam wilayah negara Palestin.
Ini seolah-olah meremehkan, membelakangkan dan tidak mengendahkan keputusan-keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini.
Kelakuan biadap dan tidak berperikemanusiaan ini seharusnya tidak dilakukan oleh sebuah ‘negara’ yang kononnya mendokong prinsip undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
Kesimpulan
Dunia memandang konflik ini sebagai konflik agama tetapi hakikatnya, ia bersangkut paut juga dengan nasionalisme kedua-dua bangsa.
Mungkin sudah tiba masanya bagi masyarakat Arab Palestin mengambil jalan tengah secara diplomasi.
Bukan bermaksud menerima kekalahan apalagi mengiktiraf kewujudan Israel.
Selama ini, perpecahan dunia Arab dan kelemahan Palestinlah yang memberikan ruang untuk Israel melakukan penindasan dan terus menunjukkan taringnya.
Al-Quran menerusi Surah Ar-Ra’d, ayat 11 ada menyebut bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Melainkan negara-negara Islam sehati sejiwa bangkit bersama menentang Israel, apalah kekuatan yang ada pada Palestin bagi mengimbangi pengaruh besar Israel yang di dalangi Amerika Syarikat?
Apakah akan wujud kuasa besar di kalangan negara-negara Islam di masa akan datang?
Umat Islam perlu mengambil iktibar dari zaman kegemilangan Islam yang terdahulu dengan menguasai ilmu pengetahuan, sains dan teknologi selain ilmu-ilmu agama agar dapat membina kekuatan dan pengaruh.
Seperti mana Jepun, sebuah negara kecil di Timur menjadi kuasa hebat di dunia sehingga kini meskipun tewas sewaktu Perang Dunia Kedua dan China, negara yang telah diperkotak-katikkan Eropah ketika zaman penjajahan tetapi kini disegani kerana teknologi hebatnya.
Seruan ini berketepatan dengan Surah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W., menerusi Surah Al-Alaq dengan ayat pertamanya berbunyi ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk’.
Semoga negara-negara Islam terus bersatu hati untuk bersama mendokong kedaulatan Palestin.
Jangan sampai satu hari nanti negara Palestin sekadar tinggal coretan sejarah Asia Barat semata-mata.
Insya Allah Palestin akan bebas!
* Dr. Fareed Mohd Hassan dan Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli adalah pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Fareed Mohd Hassan
Wed May 12 2021
Kelakuan biadap dan tidak berperikemanusiaan ini seharusnya tidak dilakukan oleh Israel - sebuah negara yang kononnya mendokong prinsip undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. - Foto PCOM
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Budaya pandang sebelah mata kepada kesengsaraan Palestin perlu dibendung - MAPIM
Budaya tidak cakna dan meletakkan sempadan kepada kesengsaraan rakyat Palestin perlu dibendung.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parlimen Malaysia, Qatar sepakat sokong isu Palestin, selaras pendirian di pentas antarabangsa
Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama.