PENULARAN wabak COVID-19 yang dilihat masih tidak reda terus menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
Susulan itu, setiap negara telah mengambil langkah tersendiri dan bertindak dengan pantas bagi menangani wabak itu agar tidak terus berlarutan.
Singapura, misalnya dilihat telah menampilkan prestasi yang cemerlang dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Republik itu turut mendapat pujian dari pengamal perubatan dari seluruh dunia termasuklah Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, seperti yang dilaporkan, The Diplomat.
Apakah perkara yang dapat kita pelajari dari Singapura dalam mengurus dan membendung wabak COVID-19?
Netizen panik, kerajaan pantas bertindak
Rakyat Singapura mula khuatir tentang berita penularan wabak COVID-19 di media sosial sehingga stok topeng muka di pasaraya semakin terhad akibat belian panik .
Menyedari perkara itu, pada 30 Januari lalu, kesemua isi rumah di Singapura telah diagihkan dengan empat keping topeng muka yang dihantar ke pusat-pusat komuniti di sekitar ibu kota bermula dari 1 hingga 9 Februari lepas.
Komunikasi yang berkesan
Menurut penulis Chris C. Anderson yang menetap di Singapura, kerajaan Singapura dan pihak Kementerian Kesihatan Singapura dilaporkan lebih telus dan pantas dalam mengambil tindakan. Tambahnya lagi, status wabak ini dikemas kini setiap hari untuk pengetahuan umum.
Bahkan, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga kelihatan tenang semasa membuat pengumuman kemas kini kes COVID-19.
Dilaporkan, kerajaan Singapura juga mengumumkan presiden dan menteri mengambil langkah memotong gaji satu bulan sebagai tanda solidariti dan menyumbang balik kepada masyarakat.
Aktiviti ‘pengesanan kontak’
Pihak berkuasa Singapura bersikap proaktif dalam melaksanakan pengesanan kontak atau Contact Tracing. Perkara ini turut mendapat pujian dalam kajian yang dilakukan oleh Harvard University, menurut laporan The Straits Times.
Menurut mereka, pendekatan yang digunakan Singapura dikelaskan sebagai ‘piawaian emas’ (gold standard) dalam aktiviti pengesanan kontak rapat.
Khidmat penghantaran makanan seperti Grab dan GoJek juga turut bekerjasama dengan pihak kerajaan melalui rutin perkongsian data bagi mengesan individu yang berpotensi menghidap wabak ini.
Subsidi kesihatan untuk koronavirus
Pada 31 Januari, kerajaan Singapura telah menanggung beban yuran kesihatan yang berkaitan dengan koronavirus untuk rakyat tempatan. Selain itu, sebanyak 600 klinik kesihatan awam telah mula beroperasi di bandar tersebut bagi menerima rawatan, penyiasatan atau perubatan yang disubsidikan oleh pihak kerajaan.
Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut memperingatkan negara-negara lain agar menonjolkan "tahap komitmen politik" yang diperlukan, bersesuaian dengan tahap ancaman yang dihadapi.
"Ini bukan latihan," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada Channel News Asia pada Khamis, 6 Mac.
Walaupun pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan di beberapa negara dalam menangani krisis ini, masih tiada jaminan penularan wabak ini akan berkurangan dalam masa terdekat.
Pengamal perubatan menyeru pihak kerajaan negara lain mengambil langkah yang efektif dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang masih aktif merebak.
Aza Jemima Ahmad
Fri Mar 06 2020

Pengamal perubatan menyeru pihak kerajaan negara lain mengambil langkah yang efektif dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang masih aktif merebak. -Foto Astro AWANI

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.