DARWIN: Sekumpulan nelayan menemui satu bekas keluli misteri yang besar terapung di luar utara pantai Australia baru- baru ini.
Bekas keluli tersebut ditemui di Teluk Carpentaria dan anak- anak kapal berbincang tentang apa yang perlu dilakukan terhadap objek itu.
Ada yang berpendapat adalah terlalu berbahaya meninggalkan bekas keluli tersebut begitu sahaja kerana ia kemungkinan akan dilanggar oleh kapal lain.
"Jika anda tidak memberi perhatian pada waktu malam, kemungkinan besar ia tidak dapat dilihat melalui radar atau dilihat oleh seseorang," kata seorang nelayan dikenali sebagai Tiger Davey kepada stesen penyiaran ABC.
Seorang anak kapal kemudian terjun ke dalam laut untuk memeriksa objek itu tetapi ia tidak dapat membukanya.
Davey berkata, bekas keluli itu kemungkinan tempat penyimpanan barang dan ia kemungkinan terjatuh ke dalam laut.
Anak-anak kapal nelayan itu tidak dapat menunda objek itu kembali ke pantai,.
Ini menyebabkan mereka mengikatkan boya penanda padanya supaya ia boleh dilihat oleh kapal-kapal lain.
Davey berkata, objek itu mungkin datang dari kapal lain kerana Teluk Carpenteria merupakan laluan perkapalan utama.
Dalam pada itu, pihak Keselamatan Maritim telah mengeluarkan amaran keselamatan tentang objek berkenaan selepas ia dikesan di teluk tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Aug 08 2022

Satu kotak misteri ditemui di Teluk Carpenteria, Australia baru-baru ini. - Foto ABC

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Misteri 'kotak emas' Olimpik Paris 2024 terungkai
Selain dikalungkan pingat ketika upacara penyampaian hadiah, pemenang turut menerima sebuah kotak dianggarkan berukuran 40cm.

Apakah kotak misteri ditemui di luar pantai Australia?
Bekas keluli itu kemungkinan tempat penyimpanan barang dan ia kemungkinan terjatuh ke dalam laut.