Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memberi tumpuan kepada pengukuhan sistem kesihatan dan rangkaian bekalan dalam mendepani cabaran kesihatan global ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata impak pandemik COVID-19 telah menampakkan kelemahan dalam tindak balas kesihatan global.
Tambahnya, para anggota ekonomi juga perlu mengadaptasi inovasi kesihatan digital sebagai salah satu langkah pengurusan impak COVID-19.
“Impak kepada pandemik ini telah memberi gambaran jelas berkenaan kelemahan tindak balas kesihatan global tatkala dunia bergelut mengurangkan impak pandemik ini kepada manusia dan ekonomi.
“Kekurangan dana dan pelaburan dalam kesihatan telah memberi kesan kepada kemampuan ekonomi dalam menangani krisis kesihatan global.
“Kita perlu lihat kepada pengukuhan sistem kesihatan dan rangkaian bekalan. Ini bagi memastikan kita mampu memenuhi permintaan perkhidmatan dan bekalan kesihatan sewaktu pandemik.
“Menerusi kerjasama APEC, kita mampu untuk membangunkan strategi yang konsisten dan berselaras merentasi pelbagai sektor,” katanya.
Beliau berkarta demikian ketika berucap pada pembukaan Mesyuarat Peringkat Tinggi Kesihatan dan Ekonomi APEC Ke-10 yang berlangsung secara maya pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata para usahawan dan perniagaan juga perlu menilai semula serta menukar cara perniagaan untuk mengatasi masalah yang wujud susulan kekangan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan ketika ini.
“Pertumbuhan ekonomi termasuk perdagangan antarabangsa anggota ekonomi APEC telah terjejas teruk.
“Kita menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup sekitar 3.7 peratus pada tahun ini dengan jumlah kerugian dianggarkan pada kadar AS$2.9 trilion,” ujarnya.
Justeru, beliau menegaskan pentingnya untuk anggota APEC mengukuhkan kerjasama bukan sahaja semasa pandemik COVID-19 memuncak, tetapi juga pada masa akan datang.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 24 2020
![APEC 2020: Kukuhkan sistem kesihatan, rantaian bekalan - Dr Adham APEC 2020: Kukuhkan sistem kesihatan, rantaian bekalan - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/41600923943_AdhamBaba.jpg)
Dr Adham berkata para anggota ekonomi APEC perlu mengadaptasi inovasi kesihatan digital sebagai salah satu langkah pengurusan impak COVID-19. - Foto APEC 2020
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735817130_TBYoonSeongmee.jpg)
APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
![Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732205089_AnwarIbrahim.jpg)
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
![China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731815075_XiJinping.jpg)
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
![Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731804480_AnwarIbrahim.jpg)
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
![Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731801806_TengkuZafrul.jpg)
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
![Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731733763_DinaBoluarte.jpg)
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
![Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731731495_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
![APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731720244_AnwarIbrahim.jpg)
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
![Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731720086_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
![Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731720670_AnwarIbrahim.jpg)
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.