BANGKOK: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mengeluarkan garis panduan untuk memperkasa usaha melestarikan alam sekitar dan meningkatkan inisiatif pembersihan sisa marin.
Garis panduan itu menggalakkan negar-negara anggota untuk memudahkan perkhidmatan yang menyokong pembersihan sisa marin dari pantai, sungai, kawasan pantai dan lautan terbuka.
Menurut laporan Kumpulan Kerja Lautan dan Perikanan APEC pada tahun 2020, sisa marin menelan belanja hampir US$11 bilion setiap tahun di rantau ini dan akan mencecah US$216 bilion pada 2050.
Penggerak Kumpulan Perkhidmatan APEC, Thomas Fine dalam satu kenyataan berkata di bawah garis panduan itu, negara-negara APEC akan, antara lain, berusaha untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan membabitkan perkhidmatan pembersihan sisa marin dan mengurangkan halangan yang berkaitan.
Beliau berkata kumpulan itu menerajui usaha melestarikan alam sekitar berdasarkan Senarai Rujukan APEC mengenai Perkhidmatan Alam Sekitar dan Berkaitan Alam yang diluluskan pada Mesyuarat Menteri-menteri APEC 2021.
"Sektor ekonomi akan bekerjasama untuk membangunkan pasaran bagi perkhidmatan pembersihan sisa marin, termasuk mengkaji semula peraturan yang terlalu terbatas, mendorong penglibatan sektor swasta, dan dengan memudahkan peralihan kepada ekonomi kitaran.
"Walaupun penyelesaian terbaik kepada cabaran sisa marin adalah dengan menghentikan pencemaran plastik daripada sampai ke lautan, terdapat juga keperluan mendesak untuk mengukuhkan usaha pembersihan sisa marin, yang bebannya kerap ditanggung oleh komuniti pantai di negara-negara membangun," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Dr Rebecca Sta Maria berkata kos ekonomi akibat gagal bertindak membersihkan sisa marin adalah meluas.
"Sisa marin bukan sahaja memberi kesan kepada operasi perkapalan dan pengangkutan marin, tetapi juga sektor pelancongan apabila sisa dihanyutkan di tepi pantai. Ia turut menjejaskan hidupan marin dan industri perikanan khususnya.
"Garis panduan ini akan menyokong usaha kami dalam menangani isu alam sekitar bagi wilayah kami yang bergantung kepada laut, dan mengulangi peranan utama yang dimainkan oleh APEC dalam menyokong pertumbuhan hijau," kata Dr Sta Maria.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Thomas Fine berkata APEC akan berusaha untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan membabitkan perkhidmatan pembersihan sisa marin dan mengurangkan halangan yang berkaitan. - Gambar Facebook APEC Business Advisory Council Philippine

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.