RIYADH: Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan pada Khamis penubuhan Syarikat Sawani untuk merangsang industri tenusu unta.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Arab Saudi, selain menyumbang kepada pembangunan mampan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut SPA, syarikat itu akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggalakkan pengeluaran industri dan meningkatkan standard ekosistem pengeluaran domestik dengan memodenkan operasi.
Ketua barangan pengguna dan runcit di Bahagian Pelaburan MENA di PIF, Majed Al-Assafsaid, berkata Arab Saudi mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang industri tenusu unta yang mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keupayaan operasinya dan mengembangkan ekosistem.
Beliau berkata faktor-faktor itu mewakili kelebihan daya saing merentas keseluruhan rantaian bekalan di samping pelaburan, membolehkan pertumbuhan ketara industri dan akhirnya membawa kepada eksport produk tenusu unta.
PIF telah melabur secara strategik dalam sektor makanan dan pertanian untuk membantu mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menyokong hasil industrinya yang unik.
Antara pelaburan PIF termasuk penciptaan Syarikat Kopi Saudi yang mempromosikan biji kopi Khulani Saudi dan Syarikat Pembangunan Produk Halal yang melabur dalam sektor produk halal.
Sejak 2017, PIF telah menubuhkan 84 syarikat dalam 13 sektor strategik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
![Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689911283_TBAlMadamdesert.jpg)
Syarikat Sawani akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggalakkan pengeluaran industri ternakan unta dan meningkatkan standard ekosistem pengeluaran domestik dengan memodenkan operasi. - Gambar hiasan
![Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738826575_AmirHamzahAzizan.jpg)
Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.
![Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738831286_FadillahYusof.jpg)
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
![Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738831387_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
![Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824801_ArmizanMohdAli.jpg)
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
![Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738828885_lindahashim.jpg)
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
![Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738829047_JalaluddinHassanS.jpg)
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
![Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738829070_hospitalpasirmas.jpg)
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
![Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738826085_AmirHamzahAzizan.jpg)
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
![Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689911283_TBAlMadamdesert.jpg)
Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta
Syarikat Sawani menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Saudi.