RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Jabatan Keselamatan Awam Arab Saudi berkata jemaah haji tanpa permit bakal berdepan dengan hukuman penjara, denda dan larangan memasuki negara berkenaan selama 10 tahun jika disabitkan kesalahan.
"Mana-mana rakyat tempatan yang ditahan membawa jemaah haji tanpa permit pula bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000 (RM61,600) bagi setiap kesalahan", menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut kenyataan itu, pesalah dalam kalangan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas selesai menjalani hukuman dan membayar denda, selain dihalang daripada memasuki Arab Saudi bagi tempoh yang ditetapkan".
Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak tahun 2013.
Hukuman bagi pesalah warga asing termasuklah dihantar pulang serta-merta dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.
Walaupun Arab Saudi membenarkan pemegang semua jenis visa menunaikan umrah sepanjang tahun, namun visa ini adalah terpakai di luar musim haji sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak tahun 2013. - Gambar hiasan/ AP

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.

Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!
Perkhidmatan teksi udara elektrik itu akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.

Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI
Lucid akan mempunyai beberapa ciri keselamatan, disokong oleh teknologi AI, dalam usaha pasukan keselamatan Saudi dalam mencapai misi mereka.

Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.

Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.

Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.

Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.

Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Perkhidmatan berkelajuan tinggi Tren Ekspres Haramain akan membuat lebih dari 3,400 perjalanan di sepanjang laluan selama dua jam 20 minit.