NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan arahan Israel untuk penduduk Palestin berpindah dari kawasan Khan Younis dan Rafah adalah perintah terbesar seumpamanya di Semenanjung Gaza sejak 1.1 juta orang diarahkan meninggalkan utara wilayah tersebut pada bulan Oktober.
Menurut jurucakap Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric, arahan pemindahan itu melibatkan kira-kira satu pertiga daripada kawasan Gaza.
Anggaran awal oleh Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) juga menunjukkan bahawa sekitar 250,000 orang mungkin sedang tinggal di kawasan tersebut.
Jelasnya pemindahan dalam skala sebesar ini hanya akan menambah penderitaan orang awam dan meningkatkan keperluan kemanusiaan.
"Arahan pemindahan semalam untuk kawasan seluas 117 kilometer persegi di kawasan Khan Younis dan Rafah melibatkan kira-kira satu pertiga daripada Semenanjung Gaza, menjadikannya perintah terbesar seumpamanya sejak Oktober, apabila penduduk diarahkan berpindah dari utara Gaza.
"OCHA menekankan bahawa pemindahan dalam skala sebesar ini hanya akan menambah penderitaan orang awam dan meningkatkan keperluan kemanusiaan," katanya.
Perang di Gaza bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober dan menahan kira-kira 250 tebusan, termasuk orang awam dan anggota tentera.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan balas yang dilancarkan oleh Israel telah mengorbankan hampir 38,000 orang dan telah menyebabkan wilayah pantai yang padat itu musnah.
Kira-kira 2.3 juta orang tinggal di Gaza.
Astro Awani
Wed Jul 03 2024

Rakyat Palestin cuba melarikan diri selepas menerima arahan berpindah. - Foto AP

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
Arahan pemindahan itu melibatkan kira-kira satu pertiga daripada kawasan Gaza.

Israel isytihar bunuh penduduk utara Gaza enggan berpindah
Pesawat Israel menurunkan risalah 'amaran segera' ke kawasan yang dikepung, menggesa rakyat Palestin di utara Gaza bergerak ke selatan.