Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya, kata Yellen. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Jan bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya, kata Setiausaha Perbendaharaan yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Janet Yellen, lapor
Sputnik/RIA Novosti.
"Surat ini bertujuan memaklumkan... langkah luar biasa yang akan dimulakan oleh Perbendaharaan pada 21 Jan," kata Yellen dalam surat kepada pemimpin Kongres, sambil menjelaskan bahawa tempoh "penggantungan pengeluaran hutang" akan bermula pada Selasa.
Tempoh itu dijangka berlangsung sehingga 14 Mac 2025, katanya. - BERNAMA