KUALA LUMPUR: ASEAN telah menyelesaikan 11 daripada 16 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah Indonesia sebagai pengerusi, manakala lima daripada tujuh PED di bawah bidang kuasa Menteri Ekonomi ASEAN juga siap dilaksanakan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI).
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata PED yang telah diselesaikan termasuk Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
Beliau berkata DEFA menyediakan pelan hala tuju komprehensif untuk memperkasakan perniagaan secara digital dengan mempertingkatkan saling boleh kendali dan keselamatan siber bagi menggalakkan perdagangan dan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Dalam memastikan keterangkuman, MITI sentiasa menyuarakan kepentingan perniagaan terutama PMKS di ASEAN dan Malaysia.
"Perniagaan juga boleh meraih manfaat daripada Rangka Kerja ASEAN untuk Inisiatif Berasaskan Projek Perindustrian, yang menyokong pemulihan sektor perindustrian dan komersial dengan menggalakkan pertumbuhan rangkaian pengeluaran baharu dan rantaian bekalan yang berdaya tahan untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut MITI, keutamaan utama ASEAN termasuk menerima guna ekonomi digital, mencapai keneutralan karbon, mengutamakan agenda pembangunan mampan dan mempertingkatkan daya tahan rantaian bekalan -- langkah penting dalam merealisasikan pembangunan ekonomi yang mampan untuk rantau itu.
Malaysia yakin PED itu akan mendorong ASEAN ke arah menjadi zon ekonomi amat bersepadu, bersatu, berdaya saing dan rancak di samping memupuk kebolehsuaian digital dan kemampanan, akhirnya memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kemakmuran perniagaan dan rakyatnya, tambah MITI.
Pengeksport Raih Manfaat
Tengku Zafrul berkata pengeksport juga akan meraih manfaat daripada Protokol Kedua untuk Pinda Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN- Australia-New Zealand (AANZFTA) -- perjanjian perdagangan bebas utama yang merangkumi lebih 650 juta penduduk, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi US$4.5 trilion.
"Protokol Kedua untuk Pinda AANZFTA memperkenalkan tiga bab baharu iaitu mengenai pemerolehan kerajaan, PMKS, serta perdagangan dan pembangunan mampan," katanya.
MITI menekankan bahawa Malaysia berharap untuk bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN dan rakan blok itu bagi memastikan masa depan yang lebih makmur, hijau dan saksama.
Tengku Zafrul mengetuai pasukan MITI ke Sesi Khas Pemukiman Menteri-Menteri, Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-23 serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-43, yang diadakan dari 1 hingga 7 Sept di Jakarta, Indonesia.
Sesi Khas Pemukiman itu menumpukan Tinjauan Ekonomi Global dan Serantau serta Aliran Masa Depan, Masa Depan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC): Pasca-2025.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis AEC membincangkan PED di bawah Indonesia sebagai pengerusi, Pelaksanaan Pelan Tindakan AEC dan Agenda Kemampanan ASEAN.
Tengku Zafrul turut dijemput menyampaikan ucapan pada Forum Pelaburan Perniagaan ASEAN, dengan menekankan pelbagai usaha ekonomi dalam AEC, kepentingan ASEAN dalam memperkukuh daya tahan rantaian bekalan semasa krisis serta kepentingan peralihan ke arah ekonomi digital di samping menerima dan melaksanakan pelbagai langkah kemampanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata PED yang telah diselesaikan termasuk Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA). - Gambar fail

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Kerajaan perluas pasaran dagangan, perkukuh diplomasi untuk hadapi ketidaktentuan ekonomi
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.