SEEKOR ayam laga dilapor 'membunuh' tuannya sendiri dalam satu acara sabung di India.
Ayam sabung yang diletakkan pisau di taji itu dipercayai mengelar tuannya dalam kejadian di Lothunur, sebuah kampung di selatan Telangana.
Ketika kejadian, pemiliknya Thanugulla Satish Goud, 45, dilapor sedang menyiapkan ayamnya untuk bersabung.
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi’ untuk acara sabung haram.
Haiwan itu bagaimanapun melompat dan cuba lari.
"Pisau itu terkena pada pemiliknya dan menyebabkan kecederaan serta kehilangan darah yang banyak," lapor polis kepada Times of India.
Polis menambah, pihaknya sedang mencari mereka yang menyertai acara haram itu yang berlangsung pada 22 Februari lepas.
Ayam itu disimpan di sebuah ladang untuk tujuan keselamatan sebelum dibawa ke mahkamah kelak sebagai bukti punca kematian.
Sabung ayam diharamkan di India pada 1960 tetapi aktiviti itu diteruskan di banyak negeri terutama semasa musim perayaan.
Pada tahun lepas, seorang penonton sabung ayam meninggal dunia selepas dikelar ayam laga dalam satu acara.
Media tempatan melaporkan ayam itu panik dan meluru ke arah mangsa dikenali senagai Saripalli Venkateswara Rao yang berusia 55 tahun .
Astro Awani
Sun Feb 28 2021
![Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614477133_cockfight.jpg)
Ayam yang dilengkapi dengan pisau tiga inci dikenali 'kodi kathi untuk acara sabung haram di Lothunur, sebuah kampung di selatan Telangana. - Facebook@---110024353960390
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![PGA rampas burung kakak tua, ayam laga di Sungai Golok PGA rampas burung kakak tua, ayam laga di Sungai Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628844578_SuptNorAzizanYuso.jpg)
PGA rampas burung kakak tua, ayam laga di Sungai Golok
Seekor burung kakak tua yang dianggarkan bernilai RM35,000, 10 anak burung spesies 'sun conure' bernilai RM10,000 serta empat ekor ayam laga bernilai RM20,000 dirampas.
![Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614477133_cockfight.jpg)
Ayam laga 'bunuh' tuan sendiri
Ayam tersebut dilengkapi pisau tiga inci dikenali sebagai 'kodi kathi untuk acara sabung haram.
![Bergaduh kerana ayam laga, pemuda nyaris ditembak Bergaduh kerana ayam laga, pemuda nyaris ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475749999_sabungayamlagaay.jpg)
Bergaduh kerana ayam laga, pemuda nyaris ditembak
Warga Thai berumur 46 tahun itu dilapor menggunakan laluan laut dari Puju dekat Setoi untuk ke Kuala Perlis bagi melakukan angkara tersebut.