BAYANGKAN asteroid menghentam bumi, bagaimana kita boleh membina semula sistem bekalan makanan?
Fikirkan senario apabila asteroid menghentam bumi beberapa tahun dari sekarang, menghalang matahari dan meruntuhkan sistem pertanian di seluruh dunia.
Bagaimana penduduk dunia menghadapinya?
Persoalan utama, bagaimana penduduk dunia kekal hidup sekaligus mengatasi masalah kebuluran sebelum dunia sempat membentuk sistem pemakanan baharu untuk membekalkan nutrien penting.
HENTAMAN ASTEROID CHICXULUB
Ketika asteroid Chicxulub menghentam bumi sekitar 66 juta tahun lalu, memusnahkan dasar lautan termasuk hidupan laut dalam radius 2,400km (1,500 batu) sekali gus serpihan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia. Kira-kira 25 trilion tan bahan tercemar memasuki atmosfera yang menyebabkan cahaya matahari terhalang.
Tidak seperti dinosaur, manusia yang hidup di pada zaman dahulu terselamat daripada tragedi mengerikan kerana mereka adalah ‘penggali’.
Memetik laporan terbitan portal BBC, bukan itu sahaja yang mampu menyelamatkan penduduk dunia ketika itu, malah diet dan corak pemakanan manusia juga memainkan peranan penting.
Peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran agar dunia perlu memiliki stok makanan asas di waktu kecemasan.
Ketika Perang Dingin memuncak, pegawai Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pengeluaran "keropok survival" (survival cracker) yang diperbuat daripada gandum bulgur yang kandungan bahannya memiliki jangka hayat panjang dan masih boleh dimakan selepas 3,000 tahun.
Ini termasuk tin sup Campbell, campuran minuman General Foods' Tang dan makanan pelbagai guna General Mills (sayur-sayuran dehidrasi) yang diperkaya dan grit soya dihasilkan di bawah perintah kerajaan untuk mengisi rak makanan di lokasi perlindungan.
LADANG BAWAH TANAH
Ketika bom atom Amerika Syarikat meletup dan menggegarkan Nagasaki, Jepun, penduduk bersembunyi di terowong lombong lama.
Bukan sahaja ruang berkenaan boleh menjadi ruang pelindung, ruang bawah tanah juga boleh digunakan untuk menanam makanan berkhasiat.
Walaupun kekurangan cahaya dan udara lembap, tanaman tertentu dipercayai mampu tumbuh subur di sini dengan pendekatan byang strategik dan teratur.
Sebagai contoh, sebuah firma yang dikenali sebagai Growing Underground mengusahakan penanaman sayur-sayuran di bekas tempat perlindungan serangan udara di Clapham, London.
Untuk sementara waktu, taugeh, mikrohijau, rumput gandum, asparagus putih, rubarb dan cendawan boleh ditanam tanpa bantuan pencahayaan cahaya.
Taugeh mengandungi sumber vitamin, asid lemak dan serat dan boleh menggunakan tenaga di dalam benih untuk membesar. Begitu juga dengan sayuran mikro yang menyediakan pelbagai perisa daripada pedas, masam dan manis.
Pada Disember 2020, Pihak Berkuasa Arang Batu dan Tinjauan Geologi British mengeluarkan peta haba menganggarkan kawasan arang batu seluas 25,000 km persegi (9,650 batu persegi) yang tidak digunakan di seluruh United Kingdom, kebanyakannya di kawasan tengah Inggeris, utara, selatan Wales dan selatan Scotland.
Peta ini menjadi rujukan pemaju supaya perumahan masa depan boleh dibina untuk mengeluarkan haba daripada perairan yang kembali ke lombong selepas ia dinyahaktifkan. Ia juga mungkin berguna untuk pertanian.
HIDANGAN SIAP
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh tetapi cendawan mampu tumbuh dan berkembang di tempat yang gelap dan tidak memerlukan matahari. Apa yang diperlukan adalah kehangatan, lembapan, dan substrat bahan organik untuk bercambah.
Banyak lagi tanaman penting seperti kentang, gandum, barli, beras, jagung dan soya boleh dipindahkan ke kawasan tropika dan ditambah dengan ubi kayu, buah baobab, bayam liar dan keladi.
Pembinaan rumah hijau mengandaikan bahawa kerjasama dan perdagangan kekal mungkin - struktur ringkas yang diperbuat daripada kayu, filem polimer, kerikil dan paku yang memaksimumkan cahaya matahari.
SUMBER LADANG
Dengan bahan mentah seperti petroleum, gas asli, CO2 atau bahagian tanaman yang tidak boleh dimakan (yang dipanggil sisa semasa penuaian atau pembalakan), ia boleh menghasilkan protein, gula dan lemak ‘sintetik’.
Tahun lalu, NASA menganugerahkan tiga hadiah utama kepada pasukan perintis yang menukar karbon dioksida (CO2) menjadi gula untuk digunakan di misi angkasa lepas.
Sebuah loji di Chongqing, China menggunakan proses sintesis kimia yang ditapis di Teesside menghasilkan 20,000 tan protein daripada bakteria.
Protein sel tunggal ini hanya memerlukan metana, oksigen dan nitrogen untuk berkembang dan boleh digunakan sebagai makanan ikan dan juga boleh diselaraskan memberi makan kepada manusia.
Ia mungkin tidak nampak sedap, tetapi boleh dijadikan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup di waktu kritikal.
MAKANAN LAUT
Hidupan laut seperti kerang atau tiram boleh membekalkan zat besi yang baik untuk manusia. Spesis muara (Bivalvia) boleh hidup di ruang sempit dan bebas dari penyakit yang dialami ikan.
Ikan sardin dan ikan bilis sarat dengan vitamin D dan tempoh penghasilan ribuan telur berlaku dalam tempoh enam bulan sahaja.
Selain daripada tumbuh-tumbuhan, anemone (perumah), ikan dan burung laut yang berkumpul di sekeliling mereka, platform ini boleh menjadi tuan rumah penginapan, silo yang diisi dengan makanan, kendang yang panjang untuk penghasilan bivalvia atau rumpai laut.
Paling penting, ia dikaitkan dengan kemudahan darat yang pernah digunakan untuk mengimport minyak dan gas.
Baru-baru ini, kejayaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) memesongkan laluan asteroid Dimorphos dan penyelidik meramalkan kebarangkalian sebanyak 0.000001 peratus berlakunya hentaman Chicxulub.
Namun tidak bermakna penduduk bumi tidak perlu bersedia. Hentaman asteroid bukan satu-satunya ancaman yang tetapi termasuk perubahan iklim, bio-keganasan, jangkitan tumbuhan, letusan gunung berapi dan banyak lagi.
Sebagai persediaan kita harus mempertimbangkan semula lokasi dan pengetahuan sekiranya cahaya matahari tidak lagi kelihatan.
Lokasi terowong, lombong, kilang dan pelantar lautan mungkin menjadi harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Faida Rahim
Mon Oct 24 2022
![Bagaimana hentaman asteroid beri impak kepada rantaian makanan? Bagaimana hentaman asteroid beri impak kepada rantaian makanan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666510018_asteroid.jpg)
Lokasi terowong, lombong, kilang dan pelantar lautan mungkin menjadi harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar hiasan
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Krisis bantuan Gaza terkawal
Krisis kebuluran di Gaza berjaya dielakkan buat masa ini susulan peningkatan bantuan kemanusiaan yang memasuki wilayah tersebut dalam fasa pertama gencatan senjata.
Malaysia, Turkiye desak dunia iktiraf Palestin anggota PBB
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf sebagai negara berdaulat dan menjadi anggota PBB.
Hubungan Malaysia-Turkiye: Beri tumpuan kepada pembangunan PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Negeri Türkiye (DEİK) memberi tumpuan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
Menyifatkan industri itu sebagai lapisan kedua ekonomi negara, beliau berkata ia mempunyai potensi besar untuk berkembang sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya.
![Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729725832_DatukAdnanMat.jpg)
Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
AWANI Borneo [11/2/2025] – Pasca Banjir | Projek RM8.66 Bilion | Konvensyen PBB
#AWANIBorneo bersama Pia Ernadya.
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Proses pembersihan pasca banjir bermula di Sabah & Sarawak.
- Sabah hab tenaga utama di Asia Tenggara.
- Abang Johari kekal Presiden PBB.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
![Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739273973_Zaquanartis.jpg)
Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Zaquan tidak memaklumkan berhubung punca kematian anak lelakinya itu.
Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB
Tan Sri Abang Johari Tun Openg kekal sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.
![Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739272475_SuamiIsteriSelama.jpg)
Mangsa kes tembak nekad kejar suspek untuk tengok nombor plat
Mangsa kejadian tembak di Simpang Renggam semalam, nekad mengejar suspek yang menaiki Perodua Bezza demi mendapatkan nombor pendaftaran.
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735184054_TBNASAspacecraft.jpg)
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718268608_SpaceXFalconrock.jpg)
SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS
Misi itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan NASA dan ia membabitkan firma Vast.
![NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733494329_MOSTINASA.jpg)
NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.
![Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730081123_tbBoeing.jpg)
Boeing pertimbang untuk jual perniagaan aeroangkasa
Disebabkan keadaan syarikat semasa, kini Boeing melihat untuk keluar daripada perniagaan tersebut, dan ingin menjualnya.
![Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729925123_astronauts.jpg)
Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS
Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah dimasukkan ke hospital selepas kepulangan misi Crew-8 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
![Prada, syarikat pemula AS lancar sut angkasa lepas baharu untuk misi Artemis NASA Prada, syarikat pemula AS lancar sut angkasa lepas baharu untuk misi Artemis NASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729152820_tbspacesuit.jpg)
Prada, syarikat pemula AS lancar sut angkasa lepas baharu untuk misi Artemis NASA
Jenama fesyen mewah Itali Prada dan syarikat pemula Amerika Syarikat Axiom Space Inc melancarkan rekaan sut angkasa lepas baharu.
![SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727587392_Spacex.jpg)
SpaceX lancar kapal angkasa untuk bawa pulang angkasawan terkandas
SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida untuk membawa pulang dua angkasawan yang terkandas di ISS.
![8 hari jadi 8 bulan, 2 angkasawan terkandas dibawa pulang ke bumi tahun depan 8 hari jadi 8 bulan, 2 angkasawan terkandas dibawa pulang ke bumi tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724565503_tbStarlinerCrew.jpg)
8 hari jadi 8 bulan, 2 angkasawan terkandas dibawa pulang ke bumi tahun depan
NASA pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Boeing's Starliner ke bumi pada September.
![Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723068525_tbStarlinerCrew.jpg)
Angkasawan NASA mungkin pulang dengan kapsul milik SpaceX
Pertimbangan dibuat jika Starliner masih dianggap tidak selamat untuk kembali ke bumi.