SEMARANG: Seorang lelaki di Indonesia ditahan setelah dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati pada 18 Mac lalu di Semarang, Jawa Tengah.
Suspek berusia 41 tahun yang hanya dikenali sebagai WD ditahan polis selepas didapati wujud kecederaan pada kemaluan dan dubur mangsa.
Suspek turut mengaku melakukan perbuatan itu akibat tidak dapat menahan nafsu setelah sering menonton video lucah, lapor Kumparan News.
Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang tinggal bersama ibu kandung diminta untuk pergi ke rumah suspek yang juga ayah kandungnya di daerah Tlogosari, Pedurungan.
Difahamkan suspek dan ibu mangsa sudah bercerai 5 tahun lalu, namun mangsa dan suspek kerap bertemu.
"Suspek merupakan bapa kandung mangsa.
"Yang melaporkan kejadian ialah ibu kandung mangsa atau bekas isteri suspek," kata polis.
Ketika berada di rumah suspek, mangsa yang ketika itu tidak sihat diberikan ubat lalu tertidur.
Saat mangsa terbaring di sisinya, suspek mula melakukan tindakan tidak sewajarnya kepada anak kandungnya itu.
Difahamkan mangsa yang tidak bermaya cuba menolak namun tidak mampu melawan.
Akibat daripada tindakan oleh suspek, mangsa dilapor mengalami sawan.
Melihat keadaan mangsa, suspek bergegas membawa anaknya ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital.
Namun menurut polis mangsa ketika itu telah pun meninggal dunia.
Mayat mangsa akhirnya dikebumikan pada Sabtu, 19 Mac lalu.
Ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis susulan keterangan terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.
Bertindak daripada laporan itu, polis memutuskan untuk membongkar semula dan mengautopsi mayat mangsa pada hari sama.
"Dalam surat keterangan doktor, ada kematian kurang wajar dengan tanda kekerasan di kemaluan dan dubur.
"Dari situ, kita buat laporan polis, sementara keadaan mangsa sudah dimaklumkan," kata polis.
Bapa kandung mangsa itu ditahan setelah polis mendapati ada bukti bahawa kematian kanak-kanak itu diakibatkan oleh kekerasan seksual.
Suspek mengakui segala perbuatan kejinya. Malah, menurutnya, dia sudah tiga kali memperkosa mangsa kerana ketagihan menonton filem lucah.
"Terpengaruh video lucah. Sudah tiga kali (memperkosa korban).
"Pertama dua minggu lalu, seminggu, selepas kejadian. Ya, ada pemaksaan, mangsa menolak, saya paksa," kata suspek.
Suspek akan dituduh di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun.
Polis juga tidak menolak kemungkinan suspek bakal dikenakan hukuman tambahan.
Astro Awani
Tue Mar 22 2022

Suspek, WD, ditahan setelah dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 8 tahun hingga mati. -KumparanNEWS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.

Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.

Rogol anak OKU, bapa kekal dipenjara 25 tahun, 10 sebatan
Seorang bapa kekal dipenjara 25 tahun dengan 10 sebatan kerana merogol anak kandung perempuannya yang juga OKU.

Rogol anak hingga bersalin, buruh dipenjara 72 tahun, 60 sebatan
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.

Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.

Bapa didakwa rogol, amang seksual fizikal anak kandung
Bapa dua anak didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan merogol anak kandung, melakukan amang seksual fizikal, ugut bunuh dan melibas parang terhadap isterinya.

Bapa tidak mengaku bersalah rogol anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.

JKM kesan ahli keluarga lain mangsa rogol, pukul bapa sendiri
JKM sedang mengesan ahli keluarga yang lain bagi mangsa rogol dan pukul bapa kandung di Kendong di Rembau.

Bapa didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya yang berusia 10 tahun.

Pengawal keselamatan mengaku salah rogol anak kandung
Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan merogol anak perempuan kandung yang masih di bawah umur.