OKLAHAMA: Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
"US-59 selatan Sallisaw di Kerr Reservoir ditutup sepenuhnya pada masa ini selepas sebuah baj melanggar jambatan itu.
"Polis sedang melencongkan lalu lintas dari kawasan itu. Jambatan itu akan ditutup sehingga pemeriksaan dibuat," kata agensi itu di laman X (Twitter) pada Sabtu.
Kemudian Jabatan Pengangkutan Oklahoma berkata jambatan itu dibuka semula selepas jurutera memeriksa strukturnya.
Selasa lepas, sebuah kapal kontena berdaftar di Singapura melanggar Jambatan Francis Scott Key di Baltimore sejurus ia mula belayar ke Colombo, Sri Lanka.
Jambatan itu runtuh dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang pekerja pembinaan di atas jambatan itu terjatuh ke dalam sungai dan polis tempatan memberitahu sidang akhbar pada Rabu dua mayat berjaya ditemukan.
Laluan kapal di Pelabuhan Baltimore ditutup sehingga diberitahu selepas jambatan itu runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024

Kejadian sebuah baj melanggar jambatan di Oklahoma berjaya dirakam orang awam. -X

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Baj langgar jambatan di Oklahoma
Jabatan Pengangkutan Oklahoma berkata jambatan itu dibuka semula selepas jurutera memeriksa strukturnya.