KERAJAAN Turki mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi pembakaran kita suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu salah satu daripada perayaan paling penting bagi umat Islam.
Kebenaran yang diberikan kepada seorang lelaki yang melakukan pembakaran itu dilihat mungkin mengancam usaha Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum persidangan penting blok tersebut pada bulan depan.
Keputusan untuk membenarkan protes tersebut dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara, kata polis Sweden, yang turut mendakwa, demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang risiko keselamatan.
Bagaimanapun, protes berkenaan hanya mengundang kemarahan Turki iaitu sebuah negara anggota NATO yang telah menghalang usaha Sweden untuk bergabung.
Sweden dan negara jirannya, Finland secara rasmi memohon untuk menyertai blok tersebut setelah Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Sehubungan itu, Menteri Luar Turki mengutuk protes tersebut dengan menyifatkannya sebagai "perbuatan yang keji."
"Adalah tidak dapat diterima untuk membenarkan tindakan anti-Islam ini dengan alasan kebebasan bersuara. Menutup mata terhadap tindakan keji seperti ini adalah seperti bersubahat dalam tindakan tersebut," kata Hakan Fidan dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi Kerajaan Turki, Fahrettin Altun dalam ciapan di Twitter menegaskan: "Kami sudah muak dengan kebenaran terhadap Islamofobia dan kebencian berterusan terhadap agama kami oleh pihak berkuasa Eropah terutamanya di Sweden."
"Mereka yang ingin menjadi sekutu kita dalam NATO tidak boleh bertoleransi atau membenarkan tingkah laku yang merosakkan oleh pengganas Islamofobia dan xenofobia," katanya.
Sementara itu, lelaki yang membakar al-Quran itu, Salwan Momika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.
Momika menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.
Katanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.
"Ini adalah demokrasi. Ia dalam bahaya jika mereka memberitahu kita kita tidak boleh melakukan ini," dakwa Momika.
Momika, telah didakwa oleh polis Sweden atas tuduhan "memprovokasi kumpulan etnik" selepas dia menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.
Mengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah “mengikut undang-undang tetapi tidak sesuai" dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.
Pihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan "gangguan kepada ketertiban" tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid.
Dia juga sedang disiasat kerana melanggar larangan sementara untuk membakar bahan api.
Noa Omran, 32, seorang artis dari Stockholm menyifatkan protes itu "benar-benar gila."
"Ini hanya kebencian yang menyamar di bawah nama demokrasi dan kebebasan, yang sebenarnya tidak begitu," kata Omran.
Astro Awani
Wed Jun 28 2023

Salwan Momika yang berasal dari Iraq mendakwa, tindakannya membakar al-Quran sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara. - Foto Facebook/Abiyam Plus
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.

Denmark haramkan pembakaran al-Quran
Keselamatan negara menjadi 'sebab utama' pengharaman tersebut.

Kerajaan Sweden semak semula Akta Ketenteraman awam selepas insiden bakar al-Quran
Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas kepada siri serangan berulang terhadap al-Quran.

Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.

Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.

Wanita kelahiran Iran bakar al-Quran di Stockholm
Bayrami Marjan mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu.

Menteri Luar Arab Saudi bantah perbuatan cemarkan al-Quran
Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud menyuarakan bantahan kerajaan Arab Saudi terhadap semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran.

Negara-negara Islam keluarkan respons bersama terhadap penghinaan al-Quran di Eropah - Turki
Negara-negara Islam akan memberikan respons kolektif terhadap demonstrasi membakar al-Quran di Eropah baru-baru.

PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.

Jenayah kebencian bukan kebebasan ekspresi - Pakistan
Pakistan mengecam tindakan kumpulan pelampau mencemar naskhah al-Quran di Denmark.