Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui bangkai jet pejuang F-35 milik tentera Jepun yang terhempas di Lautan Pasifik di utara negara itu, namun juruterbangnya masih hilang, pihak berkuasa berkata pada Rabu.
Pesawat yang berusia kurang dari setahun itu merupakan pesawat F-35 pertama yang dipasang di Jepun dan terhempas 28 minit selepas ia berlepas pada Selasa, kata jurucakap Kementerian Pertahanan (ASDF) memetik laporan agensi berita Reuters.
Jelasnya jet pejuang ini berada pada kedudukan 135 kilometer timur Pangkalan Udara Misawa di Wilayah Aomori pada 7.27 malam (waktu tempatan) pada Selasa apabila ia hilang daripada alat pengesan radar.
"Kami telah menemui bangkai pesawat F-35 tersebut namun juruterbangnya masih hilang.
"Pesawat ini antara empat pesawat yang sedang menjalani latihan pada hari tersebut sebelum ia hilang," kata Menteri Pertahanan Takeshi Iwaya.
Ketika ini pihaknya sedang giat menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
Angkatan Tentera Udara Jepun mempunyai 13 pesawat F-35 termasuk yang terhempas pada Selasa dan dipasang oleh Mitsubishi Heavy Industries di negara itu.
Astro Awani
Wed Apr 10 2019
Jet pejuang F-35 milik Angkatan Tentera Udara Jepun di kilang Mitsubishi Heavy Industries Komaki Minamai di Toyoyama. - Foto Reuters/Kyodo
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
JPJ periksa 1,106 kenderaan dalam Op Sepadu menjelang Tahun Baharu Cina
Sebanyak 1,106 kenderaan diperiksa dengan 124 daripadanya dikenakan tindakan semasa Op Sepadu Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur malam tadi.
Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni – Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa petugas kaunter kerajaan perlu mengamalkan sikap mesra, responsif, dan berintegriti ketika berurusan dengan masyarakat.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
Beliau menyatakan bahawa sikap harmoni, termasuk nilai hormat dan adil, harus diterapkan oleh setiap pekerja, bukan hanya di barisan hadapan.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
Trump sahkan bom 907.2 kg 'dalam perjalanan' ke Israel
Pentagon menarik balik sekatan terhadap penghantaran bom yang dikenakan oleh Biden pada Mei lepas.
AWANI Ringkas: COVID-19 berpunca daripada insiden makmal?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja maut selepas dicampak bapa ke dalam laut
Mangsa mengalami kecederaan serius pada muka dan kepala akibat terkena kipas bot dan meninggal dunia di Hospital Kuraburi Chaipat.
Lawatan Negara Prabowo ke Malaysia penting bagi hubungan dua hala, ASEAN
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkunjung ke Malaysia minggu depan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Agong dan PM luang masa bersarapan
Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi sarapan pagi di sebuah restoran di Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Menurut hantaran di Facebook, sesi tersebut menarik perhatian pelanggan restoran yang mengambil peluang untuk menyapa dan bergambar bersama Baginda Tuanku.
Bangkai jet pejuang F-35 Jepun ditemui
Jet pejuang tersebut hilang daripada alat pengesan radar 28 minit selepas ia berlepas.