Beberapa buah bot yang sesak dengan pelarian Rohingya dihalang oleh pengawal sempadan daripada memasuki Bangladesh, walaupun rayuan telah dibuat oleh pihak pembangkang negara itu agar minoriti Muslim yang ditindas itu diberikan perlindungan.
AFP melaporkan, ribuan etnik Rohingya yang terdesak dari negeri Rakhine telah melarikan diri ke sempadan Bangladesh sejak minggu lalu, dengan membawa pelbagai dakwaan jenayah rogol, penyeksaan dan pembunuhan di tangan angkatan keselamatan Myanmar.
Lapan buah bot yang cuba menyeberang Sungai Naf, antara Rakhine dengan selatan Bangladesh, telah dihalang pada Isnin selepas enam bot turut dinafikan kemasukan pada Ahad, ujar ketua pengawal sempadan di bandar Teknaf, Kolonel Abuzar Al Zahid.
“Setiap bot membawa antara 12 hingga 13 orang,” ujarnya.
Kenyataan dari Dhaka memberitahu, ribuan lagi masih bersesak di sempadan, namun masih tidak akan tunduk pada rayuan antarabangsa agar melepaskan mereka. Bangladesh sebaliknya menggesa Myanmar supaya mengambil langkah menghalang rakyatnya melarikan diri.
BACA: Derita etnik Rohingya dipaksa tukar agama jika mahu selamat
BACA: Ratapan Rohingya, tiada siapa peduli
Sepanjang dua minggu ini, pengawal sempadan Bangladesh telah menafikan kemasukan lebih daripada 1,000 etnik Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Khaleda Zia, pada Ahad turut menyuarakan gesaan agar komuniti pelarian Rohingya itu segera diberikan perlindungan.
Sekurang-kurangnya 30,000 orang telah hilang tempat tinggal di Rakhine dan semuanya menuju ke Bangladesh meskipun kawalan sempadan diperketat susulan pusat penempatan sementara pelarian di dalam sempadan Bangladesh sudahpun sesak.
Salah seorang yang telah berada di kem pelarian di Bangladesh, Samira Akhter, pada Isnin memberitahu bahawa dia telah meninggalkan kampungnya di Rakhine bersama tiga orang anak dan 49 yang lain.
“Pihak tentera telah membunuh suami saya dan membakar rumah kami. Saya lari ke kawasan bukit bersama tiga anak saya dan jiran sekampung. Kami bersembunyi di situ selama seminggu,” katanya.
Pemimpin Rohingya di kem itu, Dudu Mia, berkata bahawa sekurang-kurangnya 1,338 orang telah tiba di situ sejak pertengahan Oktober.
Keganasan di Rakhine meningkat di Myanmar sejak bulan lalu selepas pasukan keselamatan membuat serbuan besar-besaran di Rakhine.
Agensi
Mon Nov 28 2016

Seorang kanak-kanak di kem pelarian sementara Teknaf kehilangan ahli keluarganya sewaktu melintas sempadan Bangladesh. - Foto AFP
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

Wanita dan bayi lemas, 30 lain masih hilang bot pelarian karam
Kedua-dua bot berkenaan dipercayai berlepas dari bandar Sfax di Tunisia dan masing-masing membawa 48 dan 42 penumpang.

Bangladesh halang kemasukan bot pelarian Rohingya dari Myanmar
Ribuan pelarian menuju ke Bangladesh meskipun kawalan diperketat susulan pusat penempatan sementara di dalam sempadan Bangladesh sudahpun sesak.