Syarikat Sumitomo Forestry Co Ltd telah mengumumkan perancangan membina sebuah bangunan pencakar langit kayu tertinggi di dunia di Tokyo, dinamakan Menara W350, yang akan siap pada tahun 2041.
Didirikan sempena ulang tahun ke-350 syarikat pembalakan dan pengurusan hutan itu, yang akan disambut pada tahun sama, bangunan itu dirancang dibina setinggi 350 meter dengan mempunyai 70 tingkat.
"Projek itu dijangka menelan belanja dua kali ganda lebih tinggi daripada kos pembinaan bangunan pencakar langit konvensional, mengikut saiz yang sama, iaitu 600 bilion yen (RM22 bilion).
"Matlamat utama projek berkenaan adalah membina bangunan tinggi yang mesra alam sekitar, diperbuat daripada kayu, bagi 'mentransformasikan bandar raya Tokyo menjadi hutan'," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya awal bulan ini.
Menurut Sumitomo Forestry, bangunan tersebut akan dibina dengan hanya 10 peratus besi, manakala selebihnya akan digabung dengan 180,000 meter padu kayu asli.
Menara W350 direka oleh pereka bangunan Nikkei Sensei dan akan dibina berdasarkan campuran keluli dan kayu untuk rasuk dan penyokong dalamannya, yang mampu menahan gegaran gempa bumi yang sering melanda negara tersebut.
Bangunan tersebut akan menempatkan kedai, pejabat, hotel dan unit kediaman, sementara lakaran pereka menunjukkan balkoni yang luas dan dipenuhi tumbuhan hijau, taman di bumbung dan ruang dalaman yang terbuka.
Setakat ini dilaporkan, bangunan kayu tertinggi ialah kediaman pelajar 18 tingkat di Vancouver setinggi 53 meter, unit kediaman 80 tingkat yang dirancang dibina di Chicago (244 meter) dan bangunan 18 tingkat di Norway dikenali sebagai Mjøsa Tower (80 meter) dijangka siap pada Mac 2019.
Agensi
Tue Feb 20 2018
Bangunan pencakar langit kayu tertinggi di dunia dirancang untuk dibina sempena ulang tahun ke-350 syarikat Sumitomo Forestry di Tokyo, Jepun. Foto Sumitomo Forestry Co Ltd
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan dan keletihan selepas bencana sejak 1995
Jumlah sebenar kematian berkaitan bencana dipercayai lebih tinggi daripada yang didaftarkan, kerana keluarga perlu memohon untuk mendapat penetapan itu.
Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan
Pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendah selaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Individu tertua dunia, Itooka dari Jepun meninggal dunia pada usia 116 tahun
Seorang wanita Jepun yang dipercayai individu tertua di dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 116 tahun.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.