"Kami terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menarik perhatian bagi menyelamatkan diri, termasuk menggunakan sos cili untuk menulis perkataan 'Malaysia' atas tuala".
Selain itu, sekumpulan 15 rakyat Malaysia itu yang terpaksa menyelamatkan diri ke bumbung hotel dalam suhu 16 darjah selsius turut menggantung baju yang mempunyai corak bendera Malaysia.
Mereka terpaksa duduk atas bumbung hotel setinggi empat tingkat itu selama beberapa jam pada 7 Sept lepas selepas terperangkap dalam banjir yang melanda Jammu dan Kashmir, India, baru-baru ini, sebelum diselamatkan penduduk setempat.
Menceritakan detik mencemaskan itu yang dilaluinya bersama-sama 15 anggota keluarga dan rakan, Farisha Elaina Abdul Hanif berkata cuaca sejuk ketika itu tidak dihiraukan kerana apa yang lebih penting adalah agar mereka diselamatkan.
"Kami melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian badan penyelamat semasa berada atas bumbung hotel itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.
Farisha Elaina, 23, berkata mereka pergi ke Jammu & Kashmir bagi menghadiri majlis perkahwinan kakaknya dengan seorang rakyat negara itu dan telah terkandas sembilan hari sejak 6 Sept di kawasan itu.
Katanya kakak dan abang iparnya juga kembali ke tanah air hari ini tetapi menaiki Malindo Air dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Menceritakan pengalaman tersebut, Farisha Elaina berkata hotel yang diduduki mereka berhadapan dengan empangan 'Tasik Dall' dan hujan lebat berterusan menyebabkan empangan tersebut pecah dan melimpah ke dalam hotel.
Beliau berkata dalam masa 24 jam sahaja air dari paras dada telah meningkat sehingga ke paras bumbung.
"Untuk menyelamatkan diri ke atas bumbung itu juga kami bertarung nyawa untuk meredah air yang deras. Setelah beberapa jam duduk atas bumbung hotel, kami diselamatkan oleh penduduk setempat dengan menggunakan sampan," katanya.
Katanya cabaran yang dihadapi bukan terhenti di situ malah terpaksa berebut dengan kira-kira 5,000 penduduk setempat untuk menaiki trak tentera untuk ke tempat yang lebih selamat.
Beliau berkata setelah beberapa hari terkandas, akhirnya mereka dibawa menaiki helikopter ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.
Sementara itu ibu Farisha Elaina, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi melakukan tugas mereka dengan cekap dan pantas bagi menyelamatkan rakyat Malaysia.
"Saya ingin berterima kasih kepada pihak suruhanjaya kerana cekap menjalankan tugas dan berusaha keras menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia," katanya.
Bernama
Mon Sep 15 2014

Pemandangan ketika banjir di Jammu dan Kashmir. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.