HANOI: Barisan panjang pembeli emas tidak lagi kelihatan di hadapan pejabat bank selepas empat bank komersial milik kerajaan memulakan pendaftaran pembelian emas dalam talian, lapor Xinhua yang memetik Agensi Berita Vietnam pada Isnin.
Hanya beberapa orang yang datang ke cawangan bank berkenaan untuk membeli emas pada pagi Isnin, tetapi mereka diarahkan oleh kakitangan bank untuk mendaftar dalam talian, menurut laporan itu.
Mulai Isnin, Bank Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam (Agribank), Bank Komersial Saham Bersama untuk Pelaburan dan Pembangunan Vietnam (BIDV), dan Bank Komersial Saham Bersama untuk Perindustrian dan Perdagangan Vietnam (VietinBank) membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank Komersial Saham Bersama untuk Perdagangan Asing Vietnam (Vietcombank) telah menggunakan kaedah ini sejak 12 Jun.
Sebelum ini, keempat-empat bank dan SJC diberi kuasa untuk membeli jongkong emas SJC daripada Bank Negara Vietnam dan menjualnya kepada orang awam untuk menggalakkan kestabilan pasaran dan memastikan pasaran emas yang seimbang.
Harga jualan langsung jongkong emas SJC oleh bank pusat pada Isnin ialah 75.98 juta dong Vietnam (AS$2,989) per tahil.
Harga emas SJC di pasaran kekal stabil pada 76.98 juta dong (AS$3,025) selama lebih seminggu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024

Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka. - Gambar hiasan

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.