Bank Dunia mengumumkan pelan membantu negara membangun menambah 30 gigawatt tenaga boleh diperbaharui untuk keperluan tenaga dunia, lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis.
Selain itu, sebanyak AS$25 bilion akan disediakan untuk pembiayaan sektor swasta dalam menghasilkan sumber tenaga bersih menjelang 2020.
Pelan Tindakan Perubahan Iklim yang dikeluarkan oleh bank berpangkalan di Washington itu turut dihasilkan untuk membantu negara membangun memenuhi ikrar terhadap Paris COP21 selain bertujuan menguruskan peningkatan kesan buruk akibat perubahan iklim.
Di bawah pelan itu, Bank Dunia akan menambahkan peruntukan empat kali ganda untuk kemudahan daya ketahanan iklim dan membantu meransang pengurusan perhutanan dan perikanan yang mampan.
Menurut Bank Dunia perubahan iklim boleh mengancam dan menyebabkan lebih 100 juta orang menjadi miskin dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Selain usaha Bank Dunia itu, Perbadanan Kewangan Antarabangsa juga akan meluaskan pelaburannya daripada AS$2.2 bilion setahun kepada AS$3.5 bilion bakal membawa manfaat tambahan AS$13 billion setahun dalam pembiayaan sektor swasta menjelang 2020.
Menurut Presiden Kumpulan Bank Dunia Jim Yong Kim berdasarkan perjanjian Iklim Paris tindakan yang berani perlu diambil bagi tujuan memulihara bumi demi generasi akan datang.
"Kita sedang bergerak pantas membantu negara membangun melakukan perubahan besar untuk meningkatkan sumber tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pengeluaran karbon yang tinggi, membangunkan kelastrian serta sistem pengangkutan teknologi hijau dan mewujudkan bandar yang boleh didiami oleh semua," katanya.
Bernama
Fri Apr 08 2016
Bank Dunia akan menambahkan peruntukan empat kali ganda untuk kemudahan daya ketahanan iklim dan membantu meransang pengurusan perhutanan dan perikanan yang mampan. - Gambar hiasan
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
Dua rentung rumah terbakar
Seorang lelaki warga emas bersama anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard,Alor Setar.
[TERKINI] Tiada lagi tol percuma musim perayaan
Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini, termasuk Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.