LONDON: Bank of Ireland memohon maaf selepas perkhidmatannya mengalami masalah teknikal menyebabkan beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Aplikasi dan perkhidmatan dalam taliannya berfungsi semula dan sebarang pemindahan atau pengeluaran akan tertera dalam akaun pelanggan.
Pihak bank menggalakkan pelanggan yang menghadapi masalah terbabit untuk menghubungi mereka.
Orang ramai beratur panjang di ATM di beberapa bahagian negara itu pada Selasa dan mesej di media sosial yang tular menggalakkan orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai walaupun tidak mempunyai dana dalam akaun mereka.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank itu memaklumkan: "Semalam, isu teknikal memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan Bank of Ireland.
"Pasukan kami memulihkan perkhidmatan ini semalaman dan semua perkhidmatan tersedia untuk pelanggan pagi ini.
"Kami sedar bahawa isu teknikal bermakna sesetengah pelanggan boleh mengeluarkan atau memindahkan dana melebihi had biasa mereka.
"Pemindahan dan pengeluaran ini akan digunakan pada akaun pelanggan hari ini. Kami menggesa pelanggan yang mungkin menghadapi masalah kewangan yang melepasi had akaun mereka untuk menghubungi kami.
"Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas gangguan ini."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692181304_TBbankofIreland.jpg)
Kesilapan teknikal itu menyebabkan beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan wang lebih daripada jumlah dalam akaun mereka. - Reuters
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
AWANI Ringkas: Isu hal ehwal agama bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739591642_AgoDagangJejakHa.jpg)
Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.
![‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM ‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739596349_AnwarIbrahimPecah.jpg)
‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.
![Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595217_ArneSlot.jpg)
Dilayang kad merah: Saya biarkan emosi menguasai diri - Arne Slot
Arne Slot berasakan emosinya lebih baik sejurus dilayangkan kad merah selepas seri 2-2 dengan Everton.
![Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
![UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593528_KylianMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692181304_TBbankofIreland.jpg)
Bank of Ireland mohon maaf atas kesilapan teknikal
Beberapa pelanggan mengeluarkan atau memindahkan lebih daripada jumlah dalam akaun mereka.