NEW DELHI: Bank pusat India menaikkan kadar faedah utamanya pada Rabu, tindakan pertamanya dalam tempoh beberapa tahun yang menjadi antara usaha bagi mengawal inflasi di negara tersebut.
Pihak Reserve Bank of India (RBI) bertindak menaikkan kadar pinjaman sebanyak 40 mata asas kepada 4.40 peratus selepas melakukan penilaian terhadap keadaan ekonomi semasa.
Dalam kenyataannya, Gabenor RBI Shaktikanta Das berkata impak susulan perang Rusia-Ukraine telah memberi tekanan ke atas inflasi dengan kesannya turut ketara di peringkat global.
"Memandangkan perang tersebut disusuli dengan langkah sekatan serta tindak balas yang kian ketara, elemen lain seperti kekurangan dan ketidaktentuan dalam pasaran komoditi dan kewangan, masalah bekalan dan paling membimbangkan adalah tekanan inflasi yang terus meruncing," katanya.
Das berkata tekanan bebanan hutang juga semakin ketara di negara-negara sedang membangun di tengah-tengah persekitaran aliran keluar dana asing serta penyusutan nilai mata wang.
"Pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbaharu juga menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi global semakin tidak menentu," katanya.
RBI juga memutuskan untuk melaksanakan aliran keluar mudah tunai daripada sistem perbankan dengan menaikkan nisbah rizab tunai (CRR) atau jumlah minimum deposit yang disimpan dalam bank pusat itu sebanyak 50 mata asas kepada 4.5 peratus.
Peningkatan aliran keluar mudah tunai menerusi CRR adalah dianggarkan 870 bilion rupee (US$11.4 bllion), kata RBI.
Gabenor bank pusat India itu turut membangkitkan impak daripada faktor-faktor luaran seperti ketegangan geopolitik serta lonjakan harga bahan api terhadap peningkatan harga makanan di India.
"Inflasi membabitkan barangan sensitif yang relevan kepada India seperti minyak makan, juga berdepan kekurangan akibat konflik di Eropah serta larangan eksport oleh pengeluar-pengeluar utama.
"Peningkatan harga baja serta kos input lainnya juga memberi kesan langsung terhadap harga makanan di India," katanya.
Menurut Das, peningkatan inflasi yang ketara kepada 7.0 peratus pada Mac tahun ini juga didorong oleh kenaikan harga makanan tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

Peningkatan aliran keluar mudah tunai menerusi CRR adalah dianggarkan 870 bilion rupee (US$11.4 bllion), kata RBI. - Foto REUTERS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Penyelesaian perdagangan India-Malaysia kini boleh gunakan rupee
Keputusan itu dibuat oleh Reserve Bank of India (Bank Pusat India) pada Julai 2022 yang membolehkan penyelesaian perdagangan Antarabangsa dalam INR.

Bank pusat India naikkan kadar faedah bagi kawal inflasi
Bank pusat India menaikkan kadar faedah utamanya pada Rabu, tindakan pertamanya dalam tempoh beberapa tahun yang menjadi antara usaha bagi mengawal inflasi di negara tersebut.