WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyatakan lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza tidak menerima bantuan yang mencukupi dan mendesak supaya gencatan senjata sepenuhnya dilaksanakan di wilayah itu.
"Tahap bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan lebih dua juta orang. Walaupun jumlah jumlah bahan api yang dibenarkan masuk ke Gaza meningkat, ia masih tidak mencukupi untuk menyokong operasi asas.
"Orang awam di Gaza memerlukan kemasukan berterusan bantuan kemanusiaan dan bahan api ke wilayah itu. Akses kemanusiaan yang selamat dan tanpa halangan kepada semua penduduk yang memerlukan adalah mendesak," kata Guterres dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai situasi di Asia Barat, lapor Agensi Anadolu.
Guterres pada masa sama menyambut baik jeda kemanusiaan baru-baru ini antara Israel dan Hamas tetapi menegaskan tiada tempat selamat di Gaza.
"Rundingan intensif sedang berlangsung untuk melanjutkan jeda kemanusiaan -- yang amat kami alu-alukan -- tetapi kami percaya kami memerlukan gencatan senjata yang sebenar," kata Guterres.
Qatar pada Isnin mengumumkan lanjutan jeda kemanusiaan kepada dua hari lagi berbanding tempoh empat hari yang dipersetujui sebelum ini.
Guterres berkata di Gaza, lebih dua pertiga daripada mereka yang terbunuh dilaporkan adalah kanak-kanak dan wanita.
"Dalam tempoh beberapa minggu, jumlah kanak-kanak terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza jauh lebih ramai berbanding jumlah keseluruhan kanak-kanak yang terbunuh pada mana-mana tahun oleh mana-mana pihak dalam konflik sejak saya menjadi Setiausaha Agung.
"Ia dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata yang saya serahkan kepada Majlis (UNSC) pada setiap tahun," katanya.
Sejak konflik bermula, Guterres berkata seramai 111 pekerja PBB terbunuh di Gaza.
"Ini mewakili kehilangan kakitangan terbesar dalam sejarah organisasi kami. Biar saya jelaskan: Orang awam, termasuk kakitangan PBB mesti dilindungi. Objek awam, termasuk hospital mesti dilindungi. Kemudahan PBB tidak boleh diserang," katanya sambil menggesa semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Guterres berkata banyak lagi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza.
"Gaza memerlukan peningkatan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, air, bahan api, selimut, ubat-ubatan dan bekalan penjagaan kesihatan dengan serta merta dan berterusan. Penting untuk diakui bahawa lintasan sempadan Rafah tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi, terutamanya mengambil kira kadar prosedur yang perlahan. .
"Itulah sebabnya kami menggesa pembukaan lintasan lain, termasuk Kerem Shalom dan penyelarasan mekanisme pemeriksaan untuk membolehkan peningkatan bantuan yang diperlukan," katanya.
Tetapi beliau menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan sahaja tidak akan mencukupi.
Beliau berkata penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa, mesti direalisasikan.
"Rakyat Gaza berada di tengah-tengah malapetaka kemanusiaan yang epik di mata dunia. Kita tidak boleh memalingkan muka," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Guterres menegaskan tiada tempat selamat di Gaza. - Gambar/ Reuters
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.